Lain orang, lain caranya meraikan sambutan Aidilfitri. Ada yang menyambut serba sederhana dan tidak kurang juga yang merayakan Syawal secara besar-besaran.
Bagi dua pelakon popular, Fizo Omar dan Miera Leyana, sambutan Aidilfitri mereka kali ini memang boleh dianggap sakan namun berbeza antara satu sama lain
Andai Fizo memilih untuk pulang bercuti di kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan, Miera pula terbang ke Gold Coast dan Melbourne, Australia bersama keluarganya.
Fizo berkata, dia bercuti panjang tahun ini bermula seminggu sebelum Syawal kerana mahu menghabiskan lebih banyak waktu di Kelantan.
“Saya balik kampung seminggu lebih awal sebab hendak berbuka puasa dengan keluarga sebelum sambut raya. Namun pada raya ketiga saya perlu patah balik ke Kuala Lumpur semula untuk siaran langsung Nasi Lemak Kopi O di TV9.
“Pada raya keempat pula, saya dan keluarga akan buat rumah terbuka untuk orang kampung dan peminat seperti tahun-tahun sudah,” ujarnya. Pelakon drama bersiri Hujan, Miera, pula pergi bercuti bersama ibu bapa dan adik perempuannya ke Negara Kanggaru selama dua minggu.
“Lepas bercuti raya, saya akan terbang ke Hawaii pula untuk pertunjukan kereta di sana kerana saya adalah jurucakap M7 sejak April lalu,” katanya.
Kedua-dua mereka juga tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca RAP.
No comments
Post a Comment