Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Nasha Aziz Jatuh Longkang di Malam Raya!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
 
Bekas supermodel dan pelakon popular Nasha Aziz pernah melalui pengalaman pahit, jatuh longkang di malam raya. Dedah Nasha, insiden yang belaku pada malam hari raya pertama itu gara-gara dia yang terlalu teruja mahu menghantar para tamu yang berkunjung ke rumah neneknya.
 
"Saya ni dulu masa kanak-kanak, seorang yang aktif dan lasak. Paling saya ingat, kalau setiap kali hari raya apabila tetamu datang ke rumah nenek saya, pasti saya pun ikut sibuk menyambut tetamu. Tetamu nak balik, saya pun ikut sibuk hantar sampai luar depan rumah. Depan pagar rumah saya ada satu bangku batu, setiap kali iring tetamu balik, saya akan berlari dan terus panjat tembok tu.
 
"Nak jadikan cerita, masa tu malam raya pertama. Para tamu di rumah kami nak pulang. Jadi saya seperti biasa akan berlari dulu ke depan sebab nak panjat bangku tu. Entah macam mana saya boleh terjatuh dalam longkang betul-betul kat depan bangku tu. 
 
"Bila dah jatuh tu saya terus terdiam, tergamam. Nenek saya pun terjerit-jerit la nama saya nak pastikan saya okay. Mujurlah hanya luka-luka sikit saja. Tapi yang lucunya, nenek kata, "hah! tu mesti ada 'benda' yang tolaklah tu". Padahal, cucu dia ni dah salah bajet, lari laju sangat", kongsi Nasha Aziz sambil tersenyum
 
Empunya nama sebenar Noraishah Abdul Aziz, 42, ini bercerita mengenai memori sewaktu hari raya Aidilfitrinya itu ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro, baru-baru ini. 
 
Seperti tahun tahun sudah, Nasha menyambut Aidilfitri di ibu kota, samada di Keramat ataupun di Kampung Baru. Kata Nasha,  saat paling dinanti menjelang raya ialah sehari sebelum 1 Syawal apabila dia sekeluarga sibuk membuat persiapan seperti mengemas rumah dan memasak juadah. 
 
"Saya paling suka anyam ketupat. Jadi sehari raya tu, saya akan duduk dah asyik anyam ketupat sampaai petang. Saya rasa ia satu seni yang unik dan patut diketahui oleh semua kerana ianya satu tradisi yang tak akan pupus sampai bila-bila. 
 
"Di pagi raya pula kebiasaannya, kami akan menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan kemudian akan berkumpul di rumah nenek saya, di Kampung Baru", katanya.
 
Dalam perkembangan lain, pelakon Maskara ini memberitahu dia sekarang sedang sibuk menguruskan perniagaan. Biarpun cuba dipujuk namun Nasha mengelakkan dari bercerita lanjut mengenai perniagaannya itu. 
 
"Saya sedang menjalankan satu perniagaan. Perniagaan yang serius", ujarnya ringkas. MalaysianDigest

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments