Pelantun suara Lee Hyori baru-baru ini menyatakan rasa kecewanya terhadap pihak media yang asyik mengganggu bakal mertuanya.
Seperti yang dilaporkan di laman sesawang M Wave, pelantun lagu "Bad Girls" ini menulis di Twitter, "Saya menerima teks yang panjang daripada ibu Sang-soon. Katanya wartawan dan wakil stesen penyiaran asyik datang melawat dan menunggunya untuk mendapatkan temuramah.
"Katanya, jantungnya semakin lemah dan dia tidak mampu untuk terus mengabaikan mereka. Ibu Sang-soon kata dia tidak mahu menyusahkan kami dan berniat untuk menutup kedainya dan berpindah ke tempat yang lebih sunyi."
Tambah Hyori lagi, "Hati saya rasa amat berat. Tolonglah, saya merayu. Tolong hentikannya."
Sekalipun pihak media pernah datang mengganggu keluarga pemain muzik Lee Sang-soon sebelum ini, kehadiran mereka semakin bertambah sejak Lee Hyori mengumumkan pertunangan mereka.
No comments
Post a Comment