Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ini Dia Selebriti Hollywood Dan Kembarnya!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Selebriti dan kembarnya
Anda kenal beberapa pasangan kembar selebriti Hollywood seperti Mary-Kate dan Ashley Olsen yang memiliki empayar perniagaan mereka sendiri hasil daripada semua projek lakonan mereka sejak masih bayi, Dylan dan Cole Sprouse dari "The Suite Life of Zach & Cody", serta Tia dan Tamera Mowry dari "Tia & Tamera Show". Begitu juga dengan kembar Joel dan Benji Madden dari Good Charlotte.
Tapi tahukah anda bahawa para selebriti di bawah juga mempunyai adik, kakak atau abang kembar?
Aaron & Angel Carter 
Selain daripada memiliki abang, Nick yang lebih popular melalui kumpulan Backstreet Boys, penyanyi solo Aaron Carter juga mempunyai adik kembar bernama Angel, seorang model.

Angel Carter turut memiliki siri realitinya sendiri, "House of Carter" bersama adik-beradik yang lain termasuk B.J. dan Leslie, namun hanya bertahan untuk satu musim.
Aaron & Shawn Ashmore
Sekalipun Shawn lebih dikenali di layar perak melalui watak Iceman filem "X-Men", kembarnya Aaron lebih popular di kalangan peminat televisyen sebagai Jimmy Olsen dalam "Smallville", Steve Jinks dalam "Warehouse 13" dan Nate dalam "Lost Girl".

Aaron juga pernah menjadi pelakon pengganti buat Shawn ketika Shawn membintangi "Animorph" sebagai Jake.
Alanis & Wade Morrisette
Alanis mungkin lebih popular dalam arus perdana, tapi kembarnya Wade lebih banyak berkecimpung dalam pelbagai bidang sebagai seorang pemuzik bebas, pelatih yoga, ahli terapi dan penulis.

Malah mereka turut membuat persembahan bersama-sama dalam konsert jelajah Alanis, "Flavors of Entanglement" apabila Wade menggantikan Alexi Murdoch yang tidak dapat hadir untuk persembahan pembukaan.
Ashton & Michael Kutcher
Jika anda lihat mereka berdua, pasti anda tidak sangka mereka kembar. Tapi kembar Ashton, Michael kelihatan berbeza kerana mereka bukan kembar seiras, dan berbeza dengan Ashton yang sihat, Michael menderita penyakit palsi serebrum.

Malah Ashton yang terlalu sayangkan kembarnya, pernah terfikir untuk membunuh diri ketika berusia 13 tahun agar dapat mendermakan jantungnya kepada Michael.
Gisele & Patricia Bundchen
Gisele mempunyai lima adik-beradik perempuan, Raquel, Graziela, Gabriela, Patricia dan Rafaela, jadi jika anda sedih dia sudah dimiliki, anda ada lima pilihan lagi! Itu termasuk kembarnya, Patricia, yang sekalipun bukan seorang supermodel atau seorang daripada Secret Angel Victoria's Secret, tetap memiliki kejelitaan yang sama.

Jon & Dan Heder
Jon membuat kemunculan sulung sebagai pelakon melalui watak titular "Napoleon Dynamite". Dan pula bekerja dalam bidang kesan khas filem tersebut selain filem animasi "Monster House". Mereka juga sama-sama memiliki sebuah syarikat produksi yang diberi nama Greasy Entertainment.

Mereka kemudiannya sama-sama membintangi musim keempat siri komedi seni bela diri Internet, "Sockbaby".
Kiefer & Rachel Sutherland
Anak kepada pelakon Donald Sutherland ini juga mempunyai seorang adik kembar bernama Rachel yang turut bekerja dalam bidang perfileman. Bezanya Rachel merupakan seorang penyelia pasca-produksi.

Linda & Leslie Hamilton
Pelakon yang terkenal dengan watak Sarah Connor dalam francais "Terminator" arahan bekas suaminya James Cameron ini mempunyai seorang kembar bernama Leslie. Sekalipun tidak banyak yang diketahui tentang Leslie, yang nyata, dia turut diupah menjadi pelakon pengganti Linda dalam "The Terminator 2".

Scarlett & Hunter Johansson
Ikon seksi Hollywood ini memiliki seorang kembar bernama Hunter. Hunter ada membuat penampilan dalam filem "Manny & Lo" bersama Scarlett, tapi lebih dikenali sebagai penasihat kempen Presiden Barack Obama.

Menurut Scarlett, Hunter merupakan tempat dia mengadu malah Hunter yang banyak menemaninya selepas perceraiannya dengan Ryan Reynolds.
Siva & Kumar Kaneswaran
Teka yang mana satu Siva dan yang mana satu bukan Siva. Anggota kumpulan idola English-Irish The Wanted tersebut memiliki seorang kembar yang begitu seiras sehingga anda sukar untuk membezakan antara mereka.

Jelas Siva, Kumar, yang juga seorang model, suka mempermainkan para peminat The Wanted dengan berpura-pura menjadi Siva.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments