Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Gaya Peplum Pilihan Raya Para Wanita
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Gaya Peplum Pilihan Raya Wanita
SIAPA yang tidak mengenali ikon yang popular, Saloma pada tahun 70-an?
Masihkan anda ingat tentang bentuk badannya, persis biola dambaan setiap wanita? Bagaimana pula dengan top peplum dengan perincian seperti ruffles dan flare di bahagian pinggang yang seringkali dikenakan beliau ketika show?
Iya! Peplum kini membuat come back sejak tahun 2011 dan menjadi trend yang digilai oleh wanita.
Apatah lagi, dengan pelbagai jenis rekaan dan silhouette yang anggun dan versatile, membuatkan peplum tampak lebih timeless dan sesuai untuk digayakan dalam pelbagai majlis.
Semestinya, sebuah lagi item yang wajib bagi setiap fashionista selepas rekaan klasik Little Black Dress (LBD).
Jezmine Zaidan, seorang pereka fesyen yang sedang meningkat naik dan juga pemilik Old Blossom Box Store (OBB) banyak mereka koleksi beliau berdasarkan idea daripada peplum.
Peplum mempunyai elemen vintage yang bertepatan dengan citarasa Jezmine.
Di dalam ruangan kali ini, beliau akan berkongsi tips tentang pemilihan peplum yang sesuai bagi setiap wanita dan majlis yang hendak mereka hadiri.
S : Bagi mereka yang mempunyai saiz badan yang kecil, apakah jenis peplum yang sesuai digayakan?
J : Peplum seharusnya lebih singkat dan hemline bagi peplum ini panjang sehingga menutupi punggung. Jika seseorang yang petite memakai sesuatu yang panjang, maka si pemakai akan kelihatan lebih pendek. Sekiranya hendak dipakai  ke majlis perkahwinan, peplum juga boleh digayakan dengan mermaid skirt yang panjang, kerana memberikan ilusi seseorang itu tinggi.
S : Bagaimana pula dengan plus-size?
J : Gadis plus size perlu lebih arif dalam menggayakan peplum mereka. Ini untuk mengelakkan daripada si plus-size nampak lebih lebar sekiranya tersalah memilih. Peplum yang ideal untuk mereka adalah sesuatu yang hemlinenya terletak pada bahagian tengah-tengah perut ataupun pinggang, untuk memberikan mereka ilusi hourglass. Selain itu rekaan peplum begini juga boleh menutup bahagian lemak yang tidak diingini.
S: Adakan fabrics dan corak juga memainkan peranan yang penting?
J : Tepat sekali! Pastikan fabrics peplum anda selesa, dan megikut tema majlis yang anda hendak hadiri. Contohnya peplum yang mempunyai layered and scallop silhouette lebih sesuai di Hari Raya kerana memberikan suntikan yang elegant kepada peplum. Sekiranya untuk dipakai ke kelas, material daripada kapas lebih selesa. Bagi yang bersaiz kecil, corak yang bold dan warna yang terang amat sesuai bagi mereka. Plus- size pula seharusnya mengenakan sesuatu yang lebih gelap atau warna lembut seperti pastel serta peplum bercorak simple.
S : Pendapat Jezmine bagi aksesori untuk peplum?
J: Bergantung di mana anda berada atau lokasi yang hendak dituju. Kalau hendak ke kerja misalnya, jangan terlalu over do  diri anda dengan terlalu banyak aksesori. Clutch ataupun tote bag serta bib-necklace sudah memadai. Less is more. Tetapi bagi saya, kasut tumit tinggi anda yang paling cantik seperti stilettos ataupun pumps adalah aksesori terbaik dan sesuai untuk semua.
peplum1
peplum3
Oleh: Syuhada Roskhamdi
Foto: Nikita Nawawi
Model: Umi Atiqah
Pakaian:Butik OBB
Stylist: Jezmine Zaidan

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments