Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ben Whishaw akui gay dan sudah berkahwin
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ben Whishaw akui gay dan sudah berkahwin
Aktor "Skyfall", Ben Whishaw akhirnya mendedahkan dirinya adalah seorang homoseksual dan sudah pun 'berkahwin' dengan pasangannya, Mark Bradshaw pada Ogos 2012 di Sydney, Australia.
Dipetik daripada laporan Daily Mail, jurucakap Whishaw mengesahkan berita dalam satu kenyataan.
"Ben tidak pernah menyembunyikan seksualitinya. Sama seperti pelakon lain, Ben cuma tidak mahu bercakap tentang keluarga dan kehidupannya selain perihal kerja.
"Berdasarkan spekulasi, saya mengesahkan Ben dan Mark telah pun mengadakan perkahwinan sivil pada Ogos 2012. Mereka bangga dan sangat gembira berbuat demikian."
Whishaw telah bertemu dengan Bradshaw yang merupakan seorang komposer dari Australia di lokasi penggambaran filem "Bright Star" pada tahun 2009.
Isu seksualiti pelakon tersebut pernah menjadi bualan ramai selepas ditemubual oleh sebuah majalah majalah pada Mac 2011 mengenai watak homoseksual dalam "The Pride".
Apabila wartawan itu bertanya adakah penting kepada pasangan gay muda untuk menjadi contoh yang positif, Whishaw, 32, telah menjawab, "Saya rasa ia penting tapi saya tidak tahu bagaimana caranya. Mungkin ini merupakan peralihan yang saya rasa pada ketika ini."

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments