Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Katrina Kaif jual hadiah Salman Khan?!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Tiga tahun selepas berpisah dengan Salman Khan, baru-baru ini khabar angin mengatakan bintang Bollywood jelita, Katrina Kaif merancang untuk menjual hadiah pemberian bekas teman lelakinya itu satu masa dahulu. 

Menurut laporan dari laman sesawang Zee News, bintang berusia 30 tahun itu dikatakan berura-ura untuk menjual keretanya, sebuah SUV hitam yang dihadiahkan oleh Salman pada hari jadinya tahun lalu. 

Sumber menjelaskan, "Katrina kini sedang hangat bercinta dengan kekasih barunya, Ranbir Kapoor dan ingin menutup kisah lamanya dengan Salman. 

"Ketika Katrina dan Salman masih bersama, Salman banyak menghadiahkan barangan bernilai kepada Katrina, termasuk SUV tersebut. Sekarang Katrina mahu menjual semula hadiah Salman untuk memulakan hidup baru," jelas sumber itu lagi. 

Namun begitu, wakil rasmi Katrina pantas menafikan khabar angin tersebut dan berkata, "Katrina tidak berniat untuk menjual keretanya." 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments