PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Raja Ema, 45, akan memberi kelainan terhadap soal penampilan selepas memutuskan untuk membuat kemunculan semulanya dalam industri hiburan tanah air.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman ini berkata, ia bertujuan agar peminat baharu dan lama menyedari kewujudannya semula.
"Ini adalah penampilan terbaru saya dan saya mahu bawa gabungan penampilan antara baru dan lama tetapi imej ropol-ropol akan tetap dikekalkan kerana ia adalah 'trade mark' saya.
"Saya rasa ia tidak salah dan bagi saya kelainan ini akan membuatkan peminat saya sedar kewujudan semula saya dalam industri," katanya kepada mStar Online.
Tambah Raja Ema, kemunculan semula dalam industri ini lebih membuatkannya bersemangat melalui hidup sebagai ibu tunggal.
"Saya tidak mahu patah semangat, walaupun masa bersama anak-anak semakin kurang tapi ia merupakan satu pengorbanan.
"Anak-anak juga sudah besar dan memahami kerja saya," kata ibu kepada Putera Amar, 19, dan Putera Alqasha, 17.
Sementara itu, bercerita sambutan Hari Rraya, Raja Ema berkata perayaan kali ini disambut dengan lebih meriah.
"Raya kali ini saya sudah siapkan beberapa pasang baju, begitu juga baju anak-anak lebih banyak daripada tahun lalu.
"Insya-Allah kalau ada rezeki memang ada rancangan untuk buat rumah terbuka tapi tidak tahu tarikh yang sesuai lagi," katanya. - mStar
No comments
Post a Comment