Jang Geun Suk menjadi antara bintang Hallyu yang paling popular di China dengan kejayaannya menghimpunkan lebih 10 juta pengikut di Weibo.
Menurut laman sesawang M Wave, pada 18 Julai, jumlah pengikut Jang di Weibo, laman sosial China yang menyerupai Twitter, adalah seramai 10,041,834 orang, sekalipun pelakon tersebut tidak mempunyai sebarang projek besar buat masa ini.
Jang mendaftar masuk Weibo pada Ogos 2011 dan berjaya mendapatkan lebih sejuta pengikut dalam masa tiga bulan sekaligus menjadikan pelakon Korea yang paling ramai pengikut dalam laman sosial tersebut.
Berkemungkinan populariti mendadaknya disebabkan drama Korea lamanya, “You’re Beautiful” kini sedang dimainkan di saluran CCTV, China.
No comments
Post a Comment