Pengarah filem terkemuka, Sanjay Leela Bhansali menafikan desas-desus bahawa pelakon jelita Aishwarya Rai baru-baru ini telah membuat penggambaran babak tarian dalam filem terbarunya, "Ram Leela".
Seperti yang dilaporkan di Gulf News, Bhansali menolak tanggapan yang mengatakan aktres tersebut berniat untuk membuat kemunculan kembali dalam filem terbarunya memandangkan mereka pernah bekerjasama dalam "Hum Dil De Chuke Sanam", "Devdas", dan "Guzaarish" sebelum ini.
Sanjay Leela Bhansali (kiri) bersama Aishwarya Rai dan Hrithik Roshan. |
"Sebelum ini orang kata Sonakshi Sinha yang akan terlibat dalam projek saya, kemudian Madhuri Dixit. Sekarang Aishwarya pula. Tidak satu pun desas-desus tersebut benar," jelas Bhansali.
Sementara itu, sumber terdekat Aishwarya memberitahu bahawa pelakon tersebut masih sedang meneliti skrip-skrip yang sesuai untuk projek kemunculan semulanya. Namun begitu, fokus utama Aishwarya adalah anak perempuan sulungnya, Aaradhya.
No comments
Post a Comment