Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Banyak-banyak benda kankung juaa yang naik. Sejak dua menjak nih nama kangkung melonjak naik sampai masuk BBC TRENDING. Perrghh.. Dalam kesibukan semua nak bagi trending kangkung tu, muncul pula game apps kangkung nih.. Hahahah.. tak rugi download sebab best jugak main kalau boring. Agak2 games ni boleh cecah sampai juta-juta download tak. 



Selamat bermain...





Walaupun Samsung masih belum mengumumkan harga pasaran bagi keempat-empat peranti tablet terbaru mereka – Galaxy Note Pro 12.2 serta tiga variasi Galaxy Tab Pro – penjual elektronik di pasaran Eropah telah mula “mengumumkan” harga pasaran mereka sendiri.
Memandangkan peranti ini masih belum tiba ke Malaysia, jangan risau, dompet anda masih lagi selamat, walaupun harga pasaran yang ditetapkan oleh penjual di Eropah ini sememangnya tidak munasabah (perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana penjual sebelum harga pasaran sebenar diumumkan).
Peranti Samsung Galaxy Note Pro 12.2 ditetapkan pada harga €999 (RM4,477.94) atau €1099 (RM4,926.18) bergantung pada chipset peranti. Kedua-dua variasi peranti ini mempunyai memori dalaman 32GB. Pemproses bagi peranti pertama, dengan penggunaan Wi-Fi sahaja, lengkap dengan pemproses Exynos 5 Octa manakala peranti kedua lengkap dengan pemproses Snapdragon 800 selain mempunyai sokongan untuk LTE.
Situasi yang sama juga boleh dilihat bagi peranti Galaxy Tab Pro 12.2 – model Wi-Fi sahaja (Exynos 5 Octa 5420) dijual pada harga €900 (RM4,034.86), manakala model LTE (Snapdragon 800) pada harga €1000 (RM4,483.53).
Bagi Galaxy Tab Pro 10.1 pula, dengan memori dalaman 16GB, mereka menetapkan harga €800 (RM3,586.80) untuk model Exynos/Wi-Fi dan €900 (RM4,034.86) untuk model Snapdragon/LTE.
Akhir sekali, tablet terkecil antara semua peranti terbaru dari Samsung, Galaxy Tab Pro 8.4, juga lengkap dengan memori dalaman 16GB, dijual pada harga €700 (RM3,138.56) untuk model Exynos/Wi-Fi dan €800 (RM3,586.80) untuk model Snapdragon/LTE.
Samsung semestinya akan mengumumkan harga pasaran seperti yang ditetapkan oleh penjual Eropah. Namun, buat masa ini, pengumuman tersebut masih belum dikeluarkan oleh syarikat elektronik gergasi tersebut.
Sumber: GSMarena

Kebiasaannya beberapa hari sebelum Pameran Elektronik Pengguna (CES) berlangsung, beberapa produk yang tidak bernasib baik selalunya akan “dibongkar” lebih awal apabila banner dinaikkan terlalu awal.
Pada tahun ini, Samsung menjadi mangsa apabila banner peranti terbaru mereka, Galaxy Note Pro dan Galaxy Tab Pro (gambar) diletakkan di bahagian Selatan Pusat Konvensyen Las Vegas.
Selain daripada penggunaan stylus dan kad sim, spesifikasi bagi Note Pro masih tidak dapat dipastikan termasuk saiz skrin walaupun terdapat khabar angin menyatakan peranti ini mungkin bersaiz 12.2 inci; menjadikan Note Pro sebagai tablet mudah alih terbesar pernah dihasilkan Samsung.
Menurut laporan dari SamMobile, Galaxy Tab Pro akan dilancarkan dengan dua saiz lebih kecil iaitu 8.4 inci serta 10.1 inci.
Spesifikasi bagi kedua-dua peranti ini akan diumumkan pada sidang akhbar Samsung di Las Vegas, tengah hari esok.
Sumber: Engadget


CALIFORNIA - Setelah menyatakan membatalkan rencana pembangunan data center di Hong Kong beberapa hari lalu, kini Google meresmikan data center di Asia. Perusahaan raksasa internet itu membangun dua data center di Taiwan dan Singapura.

Berdasarkan informasi yang dilansir dari Reuters, Kamis (12/12/2013), data center dalam skala besar dibangun Google untuk mengembangkan bisnisnya di wilayah Asia. Pembangunan ini dilakukan untuk menanggulangi berbagai kendala yang kerap dialami oleh Google di wilayah Asia. India adalah salah satu negara dengan akses yang sulit karena regulasinya, dan pemblokiran di China.

"Ketika kami sedang sibuk dalam pembangunan (data center), pertumbuhan internet di Asia sangat mencengangkan. Pengguna internet di India meningkat dua kali lipat dari 100 juta menjadi 200 juta. Jika di Amerika Serikat, angka seperti itu hanya didapat dalam enam tahun," kata presiden direktur data center Google, Joe Kava.

Lebih lanjut lagi, Reuters mengungkap fakta bahwa masih banyak orang di Asia yang belum terkoneksi ke internet. Dengan dibangunnya dua data center ini tentunya sangat membantu. Google sendiri dilaporkan telah menggelontorkan USD600 juta untuk pembangunan data center di Taiwan, dan USD120 juta untuk data center di Singapura.

Sebelumnya Google juga berencana membangun data center di Hong Kong. Namun masalah dalam pembelian lahan menjadi hal yang membuat Google memutuskan untuk membatalkan pembangunan data center tersebut. 
The Cheetah merupakan sebuah robot yang mampu bergerak dengan pantas dalam sejarah dan ia telah dicipta oleh tentera US dan Agensi Penyelidikan DARPA. Ia dikatakan mampu bergerak lebih kaju berbanding Usain Bolt.

Menurur pihak International Association of Athletics Federations, Bolt telah berjaya memegang rekod dunia pada tahun 2009 semasa dia berlari pada 27.78 batu sejam pada sela 20 meter semasa larian pecut 100 meter.

The Cheetah walaubagaimana pun baru-baru ini telah mencatatkan kelajuan sebanyak 28.3 batu sejam pada sela 20 meter dan ia mempunyai sedikit kelebihan berbanding Bolt kerana ia hanya berlari di atas treadmill.

The Cheetah sedang dibangunkan dan diuji di bawah program DARPA's Maximum Mobility & Manipulation (M3) oleh Boston Dynamics.

"Model robot seperti Cheetah merupakan sesuatu yang anggun dan penuh dengan inovasi, tetapi matlamat kita bukan lah untuk menyalin alam semula jadi," kata Gill Pratt, pengurus program DARPA.

"The Cheetah telah menjadi contoh yang terbaik untuk bagaimana kejuruteraan semulajadi telah berjaya mencipta kelajuan dan ketangkasan di kawasan yang kasar. Ia telah mendapat suntikan idea-idea dari reka bentuk alam dalam corak langkah, lenturan pada bahagian belakang, penempatan anggota dan kestabilan."





Versi baru iPhone bakal dilancar tahun depan

San Francisco: Apple Inc (AAPL) dikatakan sedang membangunkan model baru iPhone dengan rekaan cermin lebih besar yang melengkung, yang boleh mengesan tahap tekanan berbeza. 

Sumber memberitahu, dua model yang sedang dibangunkan itu dijangka dilancarkan dalam separuh kedua tahun depan, menampilkan rekaan skrin lebih besar tetapi melengkung ke bawah di bahagian bingkainya. 
“Pengimbas yang dapat membezakan sentuhan kuat atau ringan di skrin akan ditampilkan pada model berikutnya,” kata sumber itu yang enggan dikenali kerana maklumat itu sulit. 

Rekaan skrin melengkung mengingatkan kepada Samsung Electronics Co, yang mana pada bulan lalu melancarkan Galaxy Round, menampilkan rekaan skrin melengkung bagi meletakkan saingannya jauh di belakang berbanding Apple.

Dengan skrin 4.7 inci dan 5.5 inci, dua model terbaru Apple berkenaan semakin menghampiri saiz skrin 5.7 inci Galaxy Note 3, yang dilancarkan Samsung pada September.

Masih dalam pembangunan

Model terbaru itu kini masih dalam peringkat pembangunan dan syarikat itu dijangka melancarkannya pada suku ketiga tahun depan. 
Sementara itu, Natalie Kerris, jurucakap Apple yang berpangkalan di Cuppertino, di sini, enggan mengulas. 

Apple keluar daripada kebiasaan pada September lalu apabila melancarkan dua versi iPhone pada masa sama, iPhone 5S dengan ciri lebih canggih dan 5C yang lebih ekonomi, sebagai sebahagian strategi untuk menguasai pasaran lebih luas. 
Bloomberg
iPad Air terima sambutan hangat


Tokyo: Bagi Takaaki Sasaki, menjadi pelanggan pertama beratur untuk mendapatkan iPad baru adalah cara untuk mengucapkan terima kasih kepada Apple Inc kerana memainkan peranan penting mengubah hidupan setahun lalu. 

Sasaki yang mencipta aplikasi popular di Jepun, adalah antara beratus-ratus rakyat Jepun yang menyerbu gedung Apple di daerah Gitza ketika pintu kedai mula dibuka untuk iPad Air yang mula dijual di negara itu Jumaat lalu. Pelancaran itu datang dengan sedikit saja publisiti berbanding iPad atau iPhone sebelum ini, dengan pelanggan berpotensi mungkin terpengaruh dengan sambutan kritikal yang sebahagian besar adalah positif, tetapi didominasi dengan bicara bahawa iPad Air bukan pengubah landskap. 



Pelancaran di seluruh dunia bermula di Australia dengan Apple di negara itu mengatakan sudah ada barisan di luar kedai apabila pintu dibuka dengan beberapa ratus orang dilaporkan berbaris di luar kedai di Sydney. 

Di gedung tiga tingkat Apple di Beijing, premis Apple terbesar di Asia, setiap pelanggan disambut dengan sorakan dan tepukan daripada kira-kira 25 kakitangan yang memakai baju biru terang manakala 12 pekerja lain berdiri bersedia untuk tepukan kedua di kaunter tunai di bahagian bawah kedai itu. 

Di Singapura, Edmond Ong, jurucakap bagi peruncit Epicentre, berkata jualan kali ini hambar berbanding pelancaran iPad tahun lalu. 

“(Bagaimanapun) Kami tidak terlalu bimbang kerana masih ramai pelanggan yang datang untuk mendapatkan iPad pagi ini,” katanya. 

Penguasaan Apple susut 

iPad Air bersaing untuk meraih perhatian pembeli kerana perlu bersaing dengan pelbagai tablet pesaing lain yang kian berkembang walaupun ketika pasaran meletup. 

“Angka yang dikeluarkan Khamis lalu menunjukkan penghantaran tablet di seluruh dunia meningkat sebanyak satu pertiga kepada 47.6 juta unit pada suku ketiga berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan penguasaan pasaran Apple susut kepada 29.6 peratus, jumlah paling rendah setakat ini,” kata teknologi firma penyelidikan pasaran IDC. 

iPad Air adalah lebih nipis daripada versi sebelum ini dengan berat kira-kira 450 gram dan dikatakan pantas,” kata Naib Presiden Apple, Phil Schiller pada sesi pelancaran di San Francisco pada 23 Oktober. 

Apple turut mempamerkan versi iPad Mini yang dinaik taraf yang akan mula dijual pada akhir bulan ini dengan memiliki paparan retina. 

Kedua-dua model baru itu menampilkan cip A7 dengan pemproses 64-bit. - AFP
Samsung Lancar Galaxy S4

SAMSUNG Malaysia telah mengumumkan kemas kini Android 4.3 Jelly Bean bagi semua peranti Samsung Galaxy s4 di Malaysia bagi kedua-dua variasi Exynos (GT-I9500) dan LTE (GT-I9505), semalam.

Kemas kini yang bersaiz agak besar ini (hingga 670MB), boleh didapati di perisian Kies serta over-the-air (OTA).

Kemas kini Android 4.3 memperkenal dan memperbaiki kebanyakan ciri yang terdapat pada Galaxy S4 seperti penambahbaikan TouchWiz, pengurusan memori RAM yang lebih teratur, papan kekunci stok baru, pelayar internet stok baru, sistem keselamatan KNOX dan perisian kamera baru yang mampu memberikan prestasi lebih baik bagi peranti kemera 13 Megapiksel yang terdapat pada telefon pintar ini.

Selain itu, kemas kini ini juga memberi sokongan bagi penggunaan teknologi jam pintar pertama Samsung, Galaxy Gear yang telah dilancarkan September lalu.

Jam
Setelah syarikat bukan-teknologi seperti Nike dan Adidas mengeluarkan jam pintar masing-masing,kini tiba giliran syarikat enjin pencarian Google pula untuk membuat perkara yang sama.
Jam pintar ini dikhabarkan akan dimuatkan dengan perisian Android dan Google Now,iaitu teknologi pintar yang bertindak sebagai ‘pembantu peribadi’: menjawab panggilan,memberi cadangan serta meramalkan pergerakan pengguna berdasarkan aktiviti harian mereka.

Menurut sumber dalaman,Google kini sedang dalam tahap terakhir proses penyelidikan dan pembangunan peranti itu,dimana juruteranya bekerja keras untuk menurunkan penggunaan bateri jam pintar tersebut.

Seperti Samsung Gear,jam pintar ini akan berfungsi seiring dengan peranti sokongan lain iaitu telefon pintar.

Ini bukanlah cubaan pertama Google untuk menembusi pasaran “wearable technology”– syarikat itu tampil dengan cermin mata Google Glass Februari lalu.
Jam pintar ini dijangka untuk memulakan produksinya dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Galaxy Gear
Adakah teknologi jam pintar masih terlalu awal untuk diterima umum?

Maklumat sulit bocor yang diterima oleh laman web Geek.com menunjukkan peratusan pengguna yang memulangkan semula Samsung Galaxy Gear pada paras 30 peratus di rangkaian gedung di Amerika, Best Buy.

Galaxy Gear menerima kritikan hebat kerana tidak memberikan ciri yang lebih banyak untuk pengguna walaupun dijual pada harga yang mahal.

Peranti terbaru Samsung tersebut kini dijual di Malaysia pada harga RM999 dan boleh berfungsi pada kebanyakan telefon pintar baru keluaran Samsung.

Google Glass

Google telah mengumumkan Isnin lalu bahawa Explorers,iaitu pemilik cermin mata Glass keluaran syarikat enjin pencarian itu, akan mendapat penambahbaikan perkakasan percuma.

Model terbaru Glass itu akan dilengkapi dengan earbud mono, dan akan didatangkan dalam lensa berwarna dan bingkai berpreskripsi.

Dalam masa yang sama,setiap seorang Explorers akan mendapat tiga jemputan untuk diedarkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk membeli cermin mata Glass itu secara dalam talian.

Harga pasaran Glass adalah $1500 setiap satu. Penukaran perkakasan baru itu akan dijalankan bermula daripada 1 November dan pengguna diberikan tempoh selama 60 hari untuk mendaftar. Tawaran percuma ini hanya sah untuk pengguna yang telah membeli Glass ini sebelum 28 Oktober. 


xperiaz1a
Model terbaru siri Xperia Sony iaitu Xperia Z1 bukan sahaja menawarkan fungsi kamera yang menakjubkan,malah kali air sedalam 5 kaki.

Walaupun cume berketebalan 8.5mm, peranti ini didatangkan dengan sensor Exmor bersaiz 1/2 3″ dengan 20.7 megapiksel,selain teknologi G Lens yang merupakan kombinasi unik berkeupayaan untuk menghasilkan gambar yang jelas dan tajam. Sensor bersaiz besar ini juga bermakna pengguna dapat mengambil syot-syot yang berdefinisi tinggi walaupun dalam persekitaran berkondisi gelap.

Xperia Z1 ini juga menawarkan penangkapan imej yang lancar dengan reproduksi yang jelas dalam serta-merta;menjadikan fungsinya hampir sepantas kelipan mata manusia.

Selain itu,telefon pintar ini mempunyai teknologi SteadyShot yang dapat menghasilkan video dan imejberkualiti tinggi serta kalis gegaran. Xperia Z1 juga berkebolehan untuk menangkap 61 ‘frames’ dalam masa dua saat,bermula dari saat butang shutter ditekan.

Dari segi spesifikasi, peranti bersaiz 5-inci ini turut menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.2GHz, bateri berkapasiti 3000mAh, memori 2GB RAM, serta didatangkan dengan ruangan mikro-SD dengan sokongan sehingga 64GB.

Telefon pintar ini sudah boleh didapati di Malaysia bermula 4 Oktober lalu dengan harga RM2399.




CAMERAA3
Sekarang ini seakan menjadi trend untuk gadis-gadis di luar sana memiliki kamera comel yang berupa seakan-akan biskut yang boleh dimakan.

Kamera yang dinamakan Fuuvi Biscuit Camera ialah kamera digital dengan kualiti gambar dua megapixel.

Antara ciri tambahan yang boleh didapati dalam kamera ini ialah ianya boleh mengambil video namun audio dalam video itu sama sekali tidak boleh didengari.
Itu sahaja kelemahan yang terdapat dalam kamera comel ini.

Muatan dalaman kamera pula adalah sehingga 16GB dengan menggunakan kad MikroSD.
Kamera ini didatangi dengan warna coklat, merah jambu dan coklat gelap.
Kamera ini dijual RM158 seunit.
CAMERAA
CAMERAA1
CAMERAA2
CAMERAA3
CAMERAA4
Smartphone LG

LG bakal melancarkan telefon pintar dengan sistem operasi Mozilla Firefox. Sistem operasi terbaru ini disasarkan kepada pasaran membangun.

Namun, pengguna telefon pintar berpengalaman mungkin akan kecewa dengan peranti ini.Ini kerana LG Fireweb tidak menawarkan ciri-ciri yang luas dan inovatif,sebaliknya lebih menjurus ke arah fungsi asas sahaja.

LGfire

Telefon pintar ini didatangkan dengan skrin sentuh berpaparan HGVA TFT 480×320 piksel,pemprosesan Qualcomm 1GHz dan RAM 2GB,selain kamera lima megapiksel serta flash LED.

Telefon pintar berasaskan sistem operasi Firefox ini menjalinkan kerjasama dengan syarikat komunikasi Sepanyol,Telefónica.Buat masa ini,peranti ini hanya boleh didapati di Sepanyol,Columbia,Venezuela,Greece,Montenegro dan Serbia.

Khabarnya, perisian Firefox ini telah menarik minat syarikat-syarikat telefon pintar gergasi yang lain untuk mengaplikasikan sistem operasi ini pada peranti keluaran mereka di masa akan datang.
Samsung Lebarkan Perfungsian Galaxy Gear

PADA awal pelancarannya, Samsung mengumumkan jam pintar Galaxy Gear keluarannya hanya boleh digunakan dengan model Galaxy Note 3 dan Galaxy Note 10.1.

Kini syarikat Korea Selatan itu telah melebarkan perfungsiannya pada model-model Samsung lain termasuk Galaxy S4, Galaxy S3 dan Galaxy Nte 2, melalui Android 4.3 Jellybean.

Selain itu,jam ointar ini juga boleh dipadankan dengan Galaxy S4 Mini, S4 Active, Mega 5.8, Mega 6.3 dan Galaxy S4 Zoom.
Galaxy Gear ini telah dilancarkan beberapa minggu yang lalu bersama model Note 3,namun mendapat ulasan buruk daripada beberapa pengulas gajet.
Galaxy-S5

Samsung mungkin tidak mengaplikasikan teknologi imbasan cap jari pada telefon pintar keluarannya seperti Apple,namun mereka mempunyai idea yang lebih baik: pengimbas iris!
Pakar biometrik meramalkan teknologi pembacaan optik itu akan menjadi trend hangat dalam kalangan pengeluar telefon pintar.

Apple mempelopori sekuriti cap jari TouchID pada model iPhone 5S dan 5C mereka, diikuti HTC yang melengkapi model One Max terbarunya dengan teknologi yang sama.

Menurut sumber daripada AndroidSaS, Samsung kini sedang dalam fasa menguji teknlogi ‘eye scanner’ itu. Tiada penjelasan lanjut diberikan tentang sebab syarikat telekomunikasi Korea Selatan itu memilih untuk tidak mengikut jejak langkah Apple dan HTC,namun spekulasi mencanangkan mungkin ianya ada kena mengena dengan teknologi Smart Scroll yang diperkenalkan dalam model Galaxy S4.

Kesemua pembuat telefon pintar telah diberi notis oleh New York State Attorney untuk mencipta peranti yang bersekuriti tinggi bagi mengelakkan kecurian.
Samsung dijangka untuk melancarkan Galaxy S5 pada awal tahun hadapan.
Nokia Lumia 1020

Nokia mahu dikenali sebagai peneraju utama bagi peranti kamera telefon pintar di pasaran dengan mengumumkan telefon pintar terbarunya Lumia 1020 yang mempunyai resolusi impresif 41 megapiksel.

Rekabentuk model ini lebih tipis berbanding pesaingnya Samsung Galaxy S4 Zoom; dan syarikat pemgeluar telefon bimbit Finland itu meletakkan sasarannya kepada jurugambar amatur.

Namun, kemungkinan telefon pintar ini untuk tewas di pasaran amat tinggi kerana dimuatkan dengan perisian Microsoft Windows 8. Umum tahu,Windows 8 menawarkan aplikasi yang kurang memuaskan.

Dari segi rekabentuk pula, kecuali tambahan lensa hitam pada bahagian belakang model;Lumia 1020 ini tampak lebih kurang sama dengan model sebelumnya iaitu Lumia 920.

Nokia Lumia 1020 didatangkan dengan paparan ClearBlack AMOLED berukuran 4.5 inci (768×1280 piksel), Corning Gorilla Glass 3 dan kepadatan piksel sebanyak 334 piksel setiap inci: menjadikan paparannya lebih terang dan jelas berbanding paparan AMOLED yang lain.
Hasilnya, teknologi ClearBlack ini menjanjikan paparan yang jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.

Satu lagi ciri-ciri model ini adalah keupayaan untuk merakan video berdefinisi tinggi (full-HD) sebanyak 30 ‘frame’ setiap saat. Kualiti rakaman akan pasti mengujakan hasil daripada teknologi Rich Recording Nokia yang boleh mengekalkan audio yang jelas meskipun syot dibuat dalam keadaan yang bising.

Lumia 1020 ini dikuasakan oleh pemprosesan 1.5GHz dual-core Snapdragon S4 dengan RAM berkapasiti 2GB.
DSLR
Berkongsi gambar berkualiti DSLR anda ke laman sosial seperti Pinterest dan Instagram kini menjadi lebih mudah.
Nikon telah mengumumkan pertambahan ‘ahli keluarga’ baru model DSLRnya iaitu model D5300.
Kamera ini merupakan keluaran pertama Nikon yang dilengkapi dengan sambungan tanpa wayar WIFI, yang memudahkan jurugambar untuk menghantar gambar ke telefon pintar atau tablet,menyenangkan kerja memuatnaik gambar mereka secara terus ke laman sosial atau e-mel.
Selain itu,kemudahan WIFI D5300 ini juga berupaya untuk penangkapan syot secara kawalan jauh. Kamera ini juga dilengkapi dengan teknologi GPS yang membolehkan pengguna untuk menanda lokasi syot mereka diambil.
Ciri-ciri lain yang ada pada model ini adalah rakaman video beresolusi tinggi (full-HD) berkapasiti 1920 x 1080 60p serta sembilan kesan khas (special effects) untuk digunapakai pada imej dan video.
Model D5300 ini adalah versi terbaru DSLR keluaran syarikat Jepun ini selepas D5200. Seperti D5200, D5300 ini juga berupaya untuk menangkap 5 frame setiap saat.
Model ini dijangka untuk menembus pasaran antarabangsa pada hujung bulan ini, dengan harga USD 1400 untuk kit lengkap beserta lensa.
Nexus 5

Dengan hanya berbaki 10 hari dari pelancaran Nexus 5 dan KitKat (menurut khabar angin), peminat kini boleh melihat rekaan peranti.

Imej yang dibocorkan dipercayai datang dari syarikat yang dikenali sebagai Telus, salah satu daripada syarikat telekomunikasi di Kanada. Jika dilihat pada skrin paparan peranti ini, sistem operasi Android 4.4 kelihatan lebih terang selain bar notifikasi transparent dan perubahan pada rupa bentuk ikon bagi kamera serta aplikasi.

Antara spesifikasi yang mungkin ditampilkan pada Nexus 5 termasuk skrin 5 inci HD Penuh, prosessor 2.2GHz Snapdragon 800, memori RAM 2GB serta pilihan memori 16GB/32GB. Peranti yang direka berasaskan peranti G2 daripada LG ini mempunyai kamera 8MP.
Spesifikasi penuh dijangka akan diumumkan pada 28 Oktober ini.
Samsung, Galaxy Gear

SEMENTARA peminat dunia Android sedang menantikan pengumuman daripada Google berkenaan dengan sistem operasi terbaru Android 4.4 Kit Kat, Samsung telah melancarkan kemaskini untuk Android 4.3 bagi Galaxy S4.

Program kemaskini ini, sama seperti kemaskini lain, memperbaiki sebarang masalah pada telefon pintar tersebut, meningkatkan prestasi dan yang paling penting, memberi fungsi sokongan untuk produk jam pintar baru dari Samsung, Galaxy Gear.

Menurut laporan daripada Sammobile, kemaskini ini telah dilancarkan di Jerman dan akan tiba ke negara-negara lain pada penghujung tahun ini.