China – Dia digelar sebagai lelaki gelandangan paling bergaya di
China. Meskipun tidak berbaju dan hanya memakai kain tetapi nampak
bergaya dengan cermin mata hitam.
Lelaki itu, yang tidak dikenali, dirakamkan gambarnya ketika dia merayau di sekitar bandar.
Imejnya itu telah dimuat naik dalam Weibo dan berjaya menarik perhatian beribu-ribu pengguna media sosial.
Keadaan sama pernah berlaku kepada seorang lelaki gelandangan yang
berusia 34 tahun, Cheng Guorong apabila gambarnya dirakamkan pada 2012.
Guorong kemudiannya menjadi terkenal dan membintangi filem.
Dia menjadi gelandangan selepas dipecat dan wang simpanannya dirompak.
No comments
Post a Comment