Perbuatan tidak senonoh penduduk di Tanah Besar China memang sudah diketahui..
Ada yang selamba buang air besar di tempat awam seperti di perhentian bas dan lif.
Namun, menerusi satu laporan dari China Press, pebuatan tidak senonoh
itu turut dibawa oleh sekeluarga dari China yang dengan selamba
membiarkan anak lelaki mereka membuang air besar di tempat duduknya
dengan hanya berlapikkan surat khabar dalam kapal terbang yang dinaiki
mereka.
Perbuatan menjijikkan itu ternyata menganggu penumpang lain yang berang dengan kejadian tersebut.
Penerbangan yang dinaiki mereka sekeluarga ialah perjalanan dari
Beijing ke Detroit menggunakan syarikat penerbangan Amerika Syarikat,
Delta Air Lines.
Sebelum itu, ada penumpang dilaporkan menasihatkan datuk kanak-kanak
itu untuk membawa cucunya ke tandas namun si datuk bertegas untuk
membiarkan cucunya berak di tempat duduknya.
No comments
Post a Comment