Taiwan – Seorang pemain bola tampar dari Kazakhstan kini dipinggirkan
oleh ahli pasukannya kerana wajah cantiknya itu menyebabkan dia menjadi
tumpuan setiap kali perlawanan diadakan.
Sabina Altynbekova, 18, dan menyertai pertandingan Bola Tampar bawah 19 tahun untuk Kazakhstan di Taiwan.
Namun disebabkan kecantikannya itu, media tempatan lebih banyak menulis mengenai dirinya berbanding dengan perlawanan tersebut.
Keadaan itu mengakibatkan teman-teman seperjuangannya berasa tidak
puas hati, malah media di negaranya juga telah mengkritik pihak lain
yang obses dengan kecantikan Sabina.
“Penonton hanya merenung dia dan mereka tidak lagi berminat
dengan pertandingan,’’ demikian lapor seorang wartawan , Vesti dari
akhbar terkenal Kazakhstan iaitu Kazakh.
Malah jurulatih Sabina turut merungut mengenai keadaan tersebut.
“Ia menyukarkan kita untuk beraksi. Hanya dia seolah-olah pemain di situ,’’ kata Nurlan Sadikov.
Setiap gambar yan disiarkan dalam Facebook mendapat perhatian
beribu-ribu pengikutnya dengan kebanyakannya adalah dari China, Vietnam,
Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina.
No comments
Post a Comment