Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Luahan Individu Diganggu Pontianak Di Jalan Bukit Melinsung, Papar
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Pernahkan anda merasakan perasaan yang menyeramkan ketika memandu berseorangan ataupun berteman, tidak kira lah pada waktu malam ataupun siang? Saya ingin menceritakan pengalaman saya ketika memandu melalui jalan raya di beberapa kawasan sekitar Sabah.


Jalan Tenom-Sipitang:
Saya rasa lain macam, rasanya seperti sepanjang jalan itu ada sahaja mata memerhati saya, Keadaan jalan itu sangat sunyi malah tiada kawasan perkampungan sepanjang jalan tersebut. Tapi saya tidak pernah lagi di ganggu, tapi keadaan dan persekitaran jalan itu sangat menyeramkan.

Jalan Kota Belud – Ranau :
Pada tahun 2006, saya memandu Proton Wira 1.5, ketika itu, kereta wira itu baru saja berumur 2 bulan, dari kudat saya ikut jalan “short-cut” ke jalan Ranau melalui Kota Belud. Pada masa tu saya ditemani dengan 3 orang kawan dari Semenanjung, pada lebih kurang pukul 10.00 malam ketika masih lagi memandu, keadaan jalan itu sangat sunyi, seingat saya, hanya ada 3 kereta lalu, sangat sunyi, sehingga la sampai ke jalan menaiki bukit, tiba-tiba kereta Wira yang kami naiki itu semakin perlahan, maka dengan segera saya tekan “clutch” dan “free”-kan gear kereta, namun tiba-tiba sahaja enjin kereta yang kami naiki itu mati, “aikkk…ini kereta baru 2 bulan, baru lagi” saya bercakap sendirian. Kawan-kawan saya bertanya kenapa enjin mati, saya cuma menasihati mereka supaya membaca apa-apa sahaja ayat Quran, yang kawan seorang pula Kristian, saya suruh dia baca apa-apa doa dari Bible. Selepas itu, kami diam sejenak, masing-masing baca doa apa-apa yang rasanya patut, selesai saja berdoa, saya cuba untuk hidupkan enjin kereta semua, dan dengan mudah enjin kereta hidup semula, kami pun teruskan perjalanan sampai sana Ranau dan tidur di Hotel Perkasa. Rasa hairan dengan kereta itu, kereta baru dan sebelum ni tidak pernah pula buat hal, tiba-tiba pula buat hal di tengah hutan.

Jalan Ranau – Kota Kinabalu:
Pada tahun 2005, saya bersama kawan-kawan, 4 kesemuanya, semuanya menaiki Mitsubishi Pajero. Seorang adalah saudara saya, seorang lagi kawan dari Kuala Lumpur dan seorang lagi dari Sarawak. Perjalanan balik ke Kota Kinabalu (KK) saya minta saudara saya yang “driving”. Ketika itu, masa sudah dekat pukul 11.00 malam, sampai di kawasan Bundu Tuhan, saya pun membuka tingkap kerana ingin merokok, sedang saya merokok, tidak sampai setengah batang rokok saya hisap, tiba-tiba saya dengar ada bunyi perempuan mengilai atas bumbung kereta yang kami naiki itu, pada mulanya bunyi itu kedengaran seperti berada jauh dari kami, lama kelamaan seperti suara mengilai itu semakin dekat, dan akhirnya bunyi perempuan mengilai itu seperti berada betul-betul di atas bumbung kereta kami. Saya cepat-cepat buang rokok dan tutup tingkap, suara perempuan mengilai itu masih ada, semua kami diam saja sambil dengar itu suara ketawa mengilai atas bumbung kereta. Kereta yang dipandu oleh saudara saya pula semakin laju, saya bertanya dengannya kalau dia dapat mendengar suara mengilai itu, dia pula menjawab dengan memberikan soalan, “suara apa tu?”. “itu macam suara puntianak…mungkin dia terbang atas bumbung kereta kita” saya jawab. Saya mengigatkan saudara saya supaya tidak memandu laju, kerana saya dapat lihat seperti dia tidak lagi dapat mengawal perasaan takutnya, kawan-kawan yang di belakang pula, tidak lagi menyandar ke kerusi, kedua-dua mereka semakin rapat ke hadapan. Sepanjang perjalanan kami hanya diam mendengar suara mengilai itu, suara itu hanya hilang selepas kami menghampiri kawasan perkampungan di hadapan jalan.

Jalan Membakut-Binsuluk-Kuala Penyu:
Menurut percakapan orang, jalan ini “keras”…berpenunggu…tapi setakat ini saya tidak pernah jumpa. Tapi kejadian aneh yang saya alami berdekatan dengan jalan melinsung. Berdekatan dengan bukit, kononnya ada peninggal Istana berdekatan dengan kawasan Kinarut, saya dalam perjalanan dari KK bersama dengan abang saya. Kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Malam tu lebih kurang dalam pukul 10.30 malam…hujan renyai-renyai, dan pada ketika itu saya yang memandu, ketika ikut, saya cuma memandu pada kelajuan 60km/j sahaja, kerana saya berbual dengan abang saya, Ketika sampai kawasan bukit itu, dekat dengan selekoh, bila naik kawasan bukit itu saja, tiba-tiba saya nampak satu makhluk di tepi jalan di tapak yang kononnya istana itu tertanam. Mahluk itu kelihatan agak besar, besar sedikit dari manusia, badannya dipenuhi bulu berwarna coklat kemerahan dan sedang duduk mencangkung, lututnya lebih tinggi dari kepalanya, telinga dia pula panjang tajam, saya pun terus perlahankan kereta dan tinggikan lampu kereta. Saya bertanya kepada abang saya, “kau tengok kah apa yang di depan kita?” dia menjawab “macam lain saja tu benda…” saya perlahankan lagi kereta yang kami naiki, semakin kereta kami mendekati mahluk itu..saya bertanya lagi kepada abang saya “Mau berhenti tengok ka?” “kau gila?” jawab abang saya. Lama kelamaan kami semakin dekat dan makin jelas mahluk itu kelihatan, cuma makhluk ini membelakangi kami, kami teruskan perjalanan, apabila kereta lalu ditepi mahluk itu, rupanya tidak dapat dilihat dengan jelas, tapi seperti anjing, lidahnya terjelir panjang keluar.

Jalan di Bukit Melingsung, Papar:

Pada tahun 2003, sekitar pukul 4.00 pagi, Selepas selesai saya dengan saudara-saudara “enjoy” di KK, kami pun balik dengan menaiki Isuzu Invander. Kereta yang kami naiki itu ada “spotlight” di bumbung. Ketika itu saya memandu dengan agak laju, memandangkan tidak banyak kereta lalu lalang pada waktu itu. tapi ketika sampai di puncak bukit melingsung, tiba-tiba saya tekan brek dan perlahankan kereta, kenapa? Di depan kami kelihatan ada orang melambai-lambai tangan cuba untuk menahan kereta kami, saya dapat lihat dari jauh sebab kereta yang kami naiki ada spotlight. Saudara saya yang sedang tetidur terus terbangun bila saya perlahankan kereta tadi. Dia bertanya kenapa, saya jawab ada orang menahan kereta di depan Saya perlahankan kereta bila semakin menghampiri orang itu, tapi bila saja dekat dengan orang itu, saya terus tekan minyak, cuba untuk memecut, saudara saya kehairanan dan bertanya kenapa saya tidak tumpangkan orang itu. Saya jawab “Kau gila kah, masa dia tahan kita, masa dia lambai-lambai, kau ada nampak dia punya tangan kah? Tiada tangan bah keluar dari dia punya baju panjang tangan….sudah lah dia punya baju lain, macam jubah hitam dan bertutup kepala…dia punya muka pun sia tidak nampak…bila kereta dekat, kau nampak muka dia? Hitam saja bah kan, macam tiada muka itu urang! kau tingu sekarang pukul berapa…sudah pukul 4 pagi bah!”.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments