Gosip paling hangat di antara artis-artis bujang kini kembali menjadi panas. Admin sangat kagum dengan hasil risikan serta kajian yang
dilakukan oleh peminat-peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang
mahukan 2 selebriti ini bercinta dan bahagia. Menerusi akaun Instagram
ZizanEmmaLoveStory, banyak bukti-bukti yang dikongsikan memperkuatkan
lagi khabar angin yang mereka berdua ini sedang dilamun angin cinta.
Antara “hint” yang terbaru ialah apabila konsert akhir AF2013
berlangsung, Emma telah pun memberikan kata-kata perangsang kepada Zizan
yang mengacarakan program realiti tersebut. Kedua-duanya menggunakan
simbol “love” ketika berbalas mesej di Twitter. Sweet bukan?
Pasti ramai yang gembira dan terharu sekiranya Zizan atau Emma membuat pengakuan mengenai status masing-masing. Zizan sudah tentu antara jejaka yang dikejar ramai sementara Emma pula antara “hot girl” di dalam dunia hiburan. Memang padan, memang sama cantik sama kacak dan memang sama comel.
Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada pengakuan daripada mereka berdua dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, layankan lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
No comments
Post a Comment