China – Ia sepatutnya menjadi satu acara yang akan dikenang oleh lima pasangan suami isteri yang baru berkahwin.
Namun ia menjadi mimpi ngeri apabila 100 ekor burung merpati yang dilepaskan ke udara sebagai melambangkan simbolik cinta mereka, telah ditangkap oleh penduduk tempatan untuk dimasak.
Tindakan penduduk kampung di Anhui itu nyata mengejutkan pengantin tersebut yang membawa burung-burung merpati putih itu untuk sesi penggambaran.
Penduduk yang kelaparan itu, berebut-rebut menangkap burung tersebut dan insiden berkenaan telah dirakamkan dalam kamera.
Dalam pada itu, salah seorang tetamu yang hadir berkata, penduduk menangkap burung-burung itu dengan jala dan tangan mereka.
“Selepas burung itu ditangkap, mereka mengetuk kepalanya dengan kuat dan dibawa ke rumah untuk dimasak.
“Ia merupakan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak menghormati majlis orang lain,’’ katanya yang nyata kesal dengan tindakan penduduk setempat.
No comments
Post a Comment