Jepun – Satu program televisyen yang bersifat pengembaraan dan cabaran diperkenalkan di Jepun melibatkan selebriti wanita, Ayako Imoto, telah mengejutkan penduduk di negara matahari terbit itu.
Apa tidaknya, dalam rancangan itu, Imoto yang memakai kimono, telah mengikat daging di belakangnya, sambil menayangkan daging tersebut kepada seekor komodo yang seberat 100 kilogram.
Apabila komodo tersebut cuba menghampiri daging itu, Imoto akan berlari menyebabkan binatang liar itu mengejarnya.
Komodo yang lapar itu mengejar dengan Imoto hingga memaksa wanita tersebut terpaksa berlari dengan pantas dan dia hanya diselamatkan oleh kru televisyen yang menggunakan kayu untuk menghalau binatang berkenaan.
Tidak diketahui sama ada kaedah tersebut dapat menyelamatkan Imoto jika komodo yang lapar itu terus menyerangnya.
Namun itulah debaran yang disaksikan oleh penonton dalam rancangan terbaru yang penuh aksi oleh Imoto, iaitu selebriti yang terkenal dengan aksi mendebarkan itu.
Imoto yang telah mengembara ke seluruh dunia, pernah bergusti dengan buaya dan berlumba lari dengan harimau bintang di seluruh dunia.
Bagaimanapun dalam aksi terbaru ini, Komodo bukan calang-calang binatang kerana ia mempunyai kekuatan tersendiri dan akan mencucuk racun di badan mangsa sebelum melapah dan memakan daging mangsa.
No comments
Post a Comment