Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


MUNGKIN ramai yang beranggapan bahawa penggunaan kereta elektrik adalah satu inspirasi zaman moden. Namun, jangkaan tersebut disangkal sama sekali oleh Porche.
Syarikat tersebut baru-baru ini telah membaikpulih sebuah kereta Porche yang dikenali sebagai P1, kereta elektrik yang direka oleh Ferdinand Porsche 116 tahun yang lalu, pada tahun 1898 yang merupakan kereta pertama rekaan beliau.
Walaupun hanya dilengkapi dengan enjin 3 kuasa-kuda serta jarak pemanduan sejauh 50-batu pada satu-satu masa, kereta ini sudah cukup laju untuk memenangi perlumbaan kereta elektik pada tahun 1899.
P1 kini dipamerkan di Muzium Porsche di Stuttgart, Jerman.
Sumber: Engadget


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan kereta Perodua Alza serba baharu dengan pengurangan harga atas jalan antara dua dan tujuh peratus berbanding sebelum ini, menjadikannya kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan harga paling kompetitif di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid berkata, selain pengurangan harga atas jalan, Alza baharu itu juga melalui penambahbaikan keseluruhan bernilai RM4,000.


“Pengurangan harga ini dibuat melalui pengurangan kos secara berkesan bermula rangkaian pembekal, kilang, pembuatan, pusat servis, pusat jualan serta menambah baik produktiviti barisan hadapan.

“Kami mampu kurangkan harga atas jalan Perodua Alza generasi baharu ini antara RM1,000 sehingga RM5,500 (bagi tiga varian berbeza), sekali gus menyahut seruan kerajaan supaya syarikat automotif melakukan pengurangan harga kenderaan secara berperingkat,” katanya dalam Majlis Pelancaran Perodua Alza Generasi Baharu di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, Perodua menyasarkan 4,300 unit Alza baharu itu dijual setiap bulan tahun ini, berbanding 3,800 unit setiap bulan bagi model sebelum ini pada 2013.


“Kami sasarkan peningkatan sumbangan jualan Alza kepada 26 peratus daripada jualan keseluruhan Perodua tahun ini, berbanding 23 peratus tahun lalu,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada November 2009 sehingga Disember 2013, sebanyak 169,000 unit Alza berjaya dijual.

Menurut Aminar, jumlah keseluruhan MPV yang dijual daripada 2010 sehingga 2013 di Malaysia adalah 396,000 unit, menjadikan Alza MPV paling banyak dijual sepanjang tempoh itu.

Perodua Alza generasi baharu ditambah baik melalui ciri-ciri keselamatan lebih baik, rekaan dalaman lebih versatil dan penjimatan penggunaan minyak.

Ia boleh didapati dalam tiga varian iaitu standard dan edisi Khas dengan transmisi automatik dan manual, serta Versi Advanced transmisi automatik serendah RM52,400 sehingga RM64,000 seunit.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

proton-perdana-accord-2-850x498

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.

proton-perdana-accord-5-850x402

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.

Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan.  – BERNAMA

Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkan 60 unit Myvi Edisi Terhad FEM (Female Empowerment Movement) kepada golongan wanita sebagai usaha bagi menjayakan kempen FEM yang memberi fokus kepada golongan terbabit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen seperti itu dilihat dapat menyumbang 20 hingga 30 peratus kepada jualan tahunan syarikat.

“Kempen yang fokus kepada golongan sasaran ini salah satu strategi kami bagi mengekalkan penguasaan pasaran automotif di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran kempen PERODUA FEM di sini, semalam.

Kempen terbabit menyaksikan PERODUA menawarkan Myvi dilengkapi pelekat trendy, kusyen kulit dan warna putih Ivory. Semua ciri istimewa itu bernilai RM4,000 dan apa paling menarik, harga unit terbabit tetap berada pada harga semasa iaitu RM56,000 seunit.

Beliau berkata, golongan wanita perlu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan memiliki atau pernah memandu kereta PERODUA untuk menikmati tawaran terbabit. Mereka juga perlu berdaftar di laman web www.peroduafem.com.my untuk menikmati pelbagai kemudahan lain dan berkongsi maklumat mengenai isu wanita.

Katanya, sehingga kini, laman web itu mencatatkan 2,000 keahlian dan syarikat menyasarkan 10,000 keahlian menjelang akhir tahun depan.
Ketika ditanya kesan kenaikan tarif elektrik kepada operasi syarikat, Aminar berkata syarikat akan cuba terus menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan dengan mengurangkan kos pada setiap peringkat dalam rangkaian pembekalan.






Los Angeles – Satu daripada beratus-ratus kereta yang dipamerkan di pameran kereta LA minggu ini mendapat liputan meluas akhbar, tetapi bukan semuanya mendapat pujian.

Walaupun berharga AS$1.1 juta (RM3.5 juta), kereta biru Youabian Puma meraih pelbagai gelaran pelik, termasuk “raksasa”, “gila” hingga kepada “tidak munasabah”.

Kenderaan besar yang dipamerkan berhampiran satu daripada pintu masuk pusat konvensyen itu tampil popular apabila puluhan ribu peminat kereta membanjiri pusat itu mulai semalam.

Pameran terbabit berlangsung selama 10 hari. Kereta bernilai RM3.5 juta itu mendapat perhatian pengunjung dengan tajuk depan akhbar LA Times menggelarnya ‘benar-benar pelik’.

Laman Autoblog.com menggelarnya “nampak pelik” dan memetik kenyataan pengeluarnya yang menyifatkan ia “kenderaan untuk berseronok”.

“Lebih hebat daripada kehidupan, Youabian Puma memang tidak munasabah dari mana sudut pun anda lihat,” tulis carscoops.com, satu lagi laman media mengenai kereta yang meninjau kereta itu pada sidang akhbar sebelum pameran terbabit dibuka kepada awam.

Kereta itu disifatkan sebagai gabungan antara kereta sport dan kereta kebal oleh LA Times. Ia mempunyai saiz yang besar hampir 8 kaki lebar dan melebihi 20 kaki panjang. – Agensi


Wazuma V8 keluaran syarikat Lazareth ialah motosikal beroda empat (Quadbike) paling insane dan mahal didunia. Ianya menggunakan enjin V8 3.0 Liter Ferrari yang mampu menghasilkan 250 kuasa kuda. Untuk harness the power Waruma menggunakan kotak gear BMW M3. Ia juga menggunakan 4 sports rim MOMO serta satu set lengkap brek dari Brembo. Jika anda berminat membeli ianya kini dijual dengan harga EURO 200 000 (RM 828 ooo) sebuah dan boleh dibeli disini. 






Laporan asal JamesList


Aku bukan minat motor sangat tapi Yamaha VMAX Hyper Modified yang diubahsuai oleh Ludovic Lazareth ini sangat jizzgasm. Ianya diubahsuai dari Yamaha VMax dan hasilnya ianya sekarang kelihatan macam sex on wheels. Check out the nice exhaust pipe and fronts. Vmax Hyper Modifiied ini mempunyai enjin V8 yang mampu memghasilkan175 kuasa kuda. In layman's term this beast can rempit like a bawse




Laporan asal Bike Exif


Tahukah anda ketika perang dunia kedua dahulu banyak kereta yang menggunakan kayu digunakan di Eropah. Dikatakan terdapat 9 juta kereta berkuasa kayu di Eropah pada ketika itu. Kayu digunakan sebagai sumber bahan api kerana catuan petrol untuk kegunaan ketenteraan. Jadi bagaimanakan kereta berkuasa kayu berfungsi. Ok I have to admit I dont really understand the chemistry but It goes something like this

Kayu diletakkan didalam balang kedap udara yang kemudian dipanaskan dengan stim sehingga1300 darjah selsius. Dalam ruangan kekurangan oksigen ini kayu akan menghasilkan gas yang mengandungi nitrogen, hidrogen, karbon dioksida dan metana yang juga dikenali sebagai SYNGAS. Hidrogen yang terhasil kemudian digunakan sebagai bahan api bagi menggerakkan enjin kereta. Ketika zaman perang dunia kedua stesyen minyak mula menjula kayu dan bukannya bahan api konvensional. Try imagining Petronas jual kayu api! LOL

Jadi mengapakah GASOGENE (nama panggilan gas kayu) tak digunakan lagi zaman sekarang?

Pertama sekali hidrogen yang terhasil sedikit dan kereta yang menggunakan Gasogene tidak boleh memecut laju. Kedua lihat sahaja saiz balang proses gasifikasi yang perlu diletakkan pada belakang kereta. Besar gila. Ianya berat dan menghalang pengilihatan pemandu. Ketiganya jika mahu gunakan kereta berkuasa kayu anda kena panaskan balang gasifikasi secara perlahan-lahan selama sejam sebelum kereta boleh dihidupkan. Jadi kalau mahu gunakan kereta dengan segera memang tak dapek den nak menolongnya. Akhir sekali setiap kali "minyak diiisi" anda perlu membersihkan sistem penapis udaranya. Banyak pulak kerja! Nak check water level radiator pun pemalas.

Sungguhpun begitu kereta berkuasa kayu ini boleh dikatakan echo-friendly kerana menggunakan bahan api yang boleh diperbaharui. Hasil pembakaran Hidrogen juga jauh lebih bersih dari bahan api fosil yang sedia ada. Di Eropah sudah apa pergerakan yang menggunakan semula teknologi lama ini.

Just so you know sebuah kereta Gasogene boleh bergerak sejauh 100 Km dengan "membakar" 30 kilogram kayu. Adakah anda mahu menggunakan kereta sebegini?








Laporan asal LowTech

Pada harga US$23,000 (RM69,000), Energica Ego mungkin tidak semurah seperti yang dijangka tetapi apa yang pasti, motorsikal ini merupakan motorsikal berkuasa tinggi berkuasa elektrik pertama yang diberi kelulusan undang-undang untuk berada di jalan raya. Dengan berat sebanyak 580 paun dan bergerak dengan menggunakan motor elektrik 'synchronous' dengan magnet kekal, minyak penyejuk dan 100kW kuasa/195Nm tork yang memberi kuasa kepada motorsikal ini untuk bergerak selaju 130 mph (208 km/j).

Motorsikal berkuasa tinggi ini juga turut dilengkapi dengan Vehicle Control Unit (VCU) dan sistem peta pelbagai fungsi yang inovatif untuk pengurusan tenaga. Brek disediakan oleh Brembo, dengan Bosch mengendalikan sistem ABS. Energica Ego juga turut mempunyai sistem mengecas bateri 110-220 V dengan kabel pada punca elektrik.




Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.

Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburxxor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburxxor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

Caterham ialah syarikat yang terkenal dengan kereta kit car mereka yang laju, mudah dibawa dan digemari golongan pelumba. Syarikat ini juga lebih terkenal sekarang sebagai salah sebuah pasukan yang menyertai perlumbaan Formula 1. Di Singapura semalam Caterham memperlihatkan Caterham AeroSeven Concept. Ianya sebuah kereta berprestasi tinggi open cockpit yang mampu membawa 2 orang penumpang. Ia diperkasakan sebuah enjin 2 Liter dengan 237 kuasa kuda. Mungkin sekali pandang enjin AeroSeven agak kecil tetapi kenderaan ini ringan dan dibina hampir sepenuhnya dengan menggunakan gentian karbon. Ia juga dibina dengan bantuan pasukan F1 Caterham bagi memastikan prestasi yang tinggi. 







Laporan asal AutoBlog
Roket

Sebuah kenderaan hebat yang membolehkan penggunanya terbang menggunakan roket yang diikat di belakang badan dijangka bakal berada di pasaran tahun depan.

Kenderaan yang dikenali sebagai jetpack dikeluarkan syarikat Martin Aircraft Company (Martin) itu dijangka dijual dengan harga RM484,000 sebuah.

Kini, kenderaan itu sedang berada dalam tempoh pembangunan dan ujian sejak 2006.

Syarikat Martin percaya Jetpack ciptaan mereka merupakan jetpack yang paling dinanti-nantikan kerana keupayaan terbang yang lebih lama dan mampu mencapai altitud lebih tinggi.

Biasanya jetpack hanya mampu terbang selama 15 minit sebelum bahan api yang digunakan habis.

Jetpack keluaran Martin ini mampu terbang setinggi 900 meter dan memecut sehingga 74 km sejam dan berada di udara selama 30 minit.

Sasaran syarikat Martin ialah untuk jetpack ciptaan mereka akan digunakan pada misi mencari dan menyelamat ketika kebakaran dan juga boleh digunakan untuk tujuan rekreasi.
Bagi memastikan keselamatan penggunanya, setiap jetpack dilengkapi sistem payung terjunnya sendiri.

Nama jetpack mula muncul dalam beberapa cereka fiksyen sekitar tahun 1920-an. Watak superhero terkenal seperti Rocketman menggunakan enjit jet galas untuk menentang musuh.

Ia menjadi kenyataan apabila pertama kali muncul dalam filem James Bond pada tahun 1960-an.


Mansory ialahs yarikat yang mengubahsuai kenderaan eksotik berkuasa tinggi untuk menjadi lebih eksotik. La Revoluzione diperkasakan enjin V12 6.3 liter 1200 kuasa kuda yang mampu membrikan pecutan sehingga 230 kilometer sejam. Hanya tiga buah La Revoluzione akan dijual dan setiap satu dijual pada harga Euro 1.3 Juta (RM 5.64 Juta).






Laporan asal Autoblog
Kenguru02

Sebuah syarikat di Hungary telah berjaya mencipta sebuah kenderaan khas untuk para pengguna kerusi roda untuk memudahkan mereka bergerak ke mana-mana dengan selesa.

Syarikat berkenaan banyak mencipta kenderaan dan kemudahan untuk orang kelainan upaya

Kenderaan yang dikuasakan tenaga elektik ini dilengkapi pintu pada bahagian belakangnya untuk memudahkan pengguna kerusi roda masuk dan keluar dari bahagian belakang.

Keseluruhan kawalan kenderaan diletakan pada kemudi yang menyerupai alat kawalan motosikal.

Kenderaan itu dipanggil Kenguru dan ia mampu memeceut sehingga 72 kilometer sejam dan jarak perjalanan maksimum ialah 96 kilometer sebelum baterinya perlu dicas semula.

Menurut laman web kengurucars.com, ia sebuah kenderaan yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh para pengguna kerusi roda dengan ciri-ciri menjaga alam sekitarnya yang menggunakan kuasa elektrik.

Alat kawalan berupa ‘joystick’ akan diperkenalkan secara berperingkat. Kenderaan itu kini berada dalam proses akhir peringkat pembangunan sebelum dipasarkan dan harga akhirnya diumumkan.

Pengguna kerusi roda yang memandu kenderaan ini akan selamat kerana kerusi roda mereka akan dikunci di dalam kenderaan sebaik masuk dan mula menunggangnya.

Oleh kerana berat Kenguru yang ringan, ia diklasifikasikan sebagai sebuah scooter dan pengguna kerusi roda perlu memiliki lesen scooter untuk menggunakannya.

Syarikat itu mensasarkan penjualan Kenguru kepada pengguna kerusi roda yang banyak menghabiskan masa bergerak keluar dari bandar atau yang suka bersiar-siar dengan kenderaan sendiri di seluruh dunia.
Pada Jun 1994, syarikat pengeluar kereta Malaysia, Edaran Otomobil Nasional (EON), telah memperkenalkan kereta Proton Sembilu. Ia bukanlah model terbaru kereta berjenama Proton, tetapi merupakan nama 'body kit' kepada model kereta Proton Wirayang diubahsuai bentuk serta prestasinya bagi menjadi 'sporty'. 

Ketika kereta Proton Sembilu diperkenalkan kepada umum, ia sedang dalam peringkatfasa pertama pengubahsuaian yang cuma melibatkan bahagian badan luar dan dalam kereta. Antara bahagian kereta yang telah diubahsuai ketika itu ialah: 

Penghadang hadapan - lubang angin pada sebelah kiri & kanan untuk menyejukkan brek & enjin, manakala bahagian 'bibir' untuk menahan udara dari terbias ke bahagian bawah.
Penghadang tepi - untuk menambahkan kelajuan kereta, ia diubahsuai bagi mengelakkan angin terbias ke bahagian tayar.

Penghadang belakang - bertindak menekan angin supaya menolak kereta ke hadapan.

Stering - berukuran kecil dengan pemegang yang besar dan mudah dikendalikan akan membolehkan pemanduan menjadi lebih mantap dan stabil.

Tempat duduk - bentuknya yang dapat mengampu badan akan membolehkan pemandu berada dalam keadaan stabil dalam semua keadaan.

Tayar - memperkenalkan rim berukuran 15 inci.
Pihak EON ketika itu memberitahu bahawa Proton Sembilu atau "bahagian-bahagian yang diubahsuai" akan dipasarkan kepada orang ramai apabila proses pengubahsuaian sepenuhnya selesai dalam tempoh "kira-kira setahun lagi". Antara pengubahsuaian yang dirancang untuk dilakukan dalam fasa seterusnya melibatkan "bahagian enjin, sistem gegantung dan gear untuk tujuan perlumbaan". Namun begitu, tidak pula diterangkan tentang pemilihannama "Sembilu" itu. Tak mungkin nama itu berdasarkan tajuk filem popularSembilu (hanya mula tayang Ogos 1994), tapi mungkinkah ia berdasarkan tajuk lagu popular Ella, Sembilu (keluaran 1992)?

kereta lutsinar, berita, german, luar negara

Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.
Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.

Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi.
 

Gasogene ialah gas yang terhasil dari pembakaran kayu. Kenderaan berkuasa Gasogene digunakan ketika Perang Dunia Kedua dahulu keranapetrol dicatu oleh pihak pemerintah. Paska perang selepas catuan dihentikan teknologi kenderaan berkuasa kayu api ini dilupakan. 

Di Russia teknologi ini masih digunakan di kawasan terpencil yang sukar mendapat bekalan petrol. Di bawah ialah sebuah motosikal dari pergunungan Ural. Motorsikal yang sudah diubah suai ini mampu bergerak pada kelajuan 80 kilometer sejam. Not bad! All you need is sebilah kapak dan hutan untuk mengisi "minyak" yang habis

Tahukah anda 30 kilogram kayu perlu dibakar untuk setiap 100 kilometer perjalanan?