Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » James Wan Anak Kelahiran Malaysia Merupakan Pengarah "The Conjuring" Dan "Fast & Furious 7"
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

James-Wan
Filem seram The Conjuring yang ditayangkan di pawagam sejak awal bulan ini, bukan sahaja berjaya menimbulkan ‘kegemparan’ dalam kalangan peminat filem seram tempatan malah seluruh dunia.
Rata-rata yang telah menonton memberikan respon baik terhadap filem berdasarkan kisah benar ini.
Bagi rakyat Malaysia, kita turut berasa bangga memandangkan pengarah The Conjuring, James Wan, merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak.
Begitu pun, The Conjuring bukan naskhah seram pertama hasil kerja pelajar lulusan sekolah perfileman Australia ini yang mendapat sambutan.
Bagi penggemar filem seram, James sudah lama dikenali selaku pengarah Saw (2004) , Saw III (2006), Dead Silence (2007) dan Insidious (2010).
Malah Insidious yang turut mendapat perhatian peminat filem seram bakal kembali dengan Insidious: Chapter 2 yang dijangka ditayangkan pada 2 September depan.
Mengakui tidak mudah untuk ‘menakutkan’ penonton pada hari ini, James menyatakan rahsia menjadikan filemnya berbeza adalah bermain dengan elemen lain termasuk membawakan perspektif berbeza dalam babak-babak yang dihidangkan.
Bagaimanapun selepas Insidious: Chapter 2, James membayangkan mungkin dia akan berehat daripada menghasilkan filem-filem seram.
Hal ini kerana dia mahu dikenali sebagai pengarah yang pelbagai dan tidak hanya tertutup dalam satu genre sahaja.
James pernah sekali menghasilkan filem aksi Death Sentence (2007) namun sambutannya tidak sebaik filem-filem seramnya.
Keputusannya ini juga diambil kerana James tidak mahu kembali dengan filem lebih kurang serupa tanpa kelainan baru.
Apa pun, keputusan mengarahkan filem di luar genre seram dilakukan James penuh gaya memandangkan dia kini sibuk dengan filem aksi popular berkaitan kereta laju, Fast & Furious 7.
Semoga James kembali mengulangi kejayaan The Conjuring sekaligus membuat Malaysia tumpang bangga menerusi filem yang dijangka menerjah pawagam, Julai tahun depan ini. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments