Providence: Rangka sokongan yang runtuh ketika aksi lagak ngeri “gantung-rambut” dalam satu pertunjukan sarkas mengakibatkan lapan ahli akrobat jatuh.
Kelapan-lapan ahli akrobatik dan seorang penari di bawah, cedera teruk manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.
Kemalangan berlaku semalam ketika pertunjukan sudah berlangsung 45 minit.
Jurucakap syarikat sarkas itu, Stephen Payne berkata, kemalangan berlaku ketika aksi dilakukan oleh lapan ahli akrobat menggantung diri mereka untuk membentuk “candelier manusia” dengan menggantung diri menggunakan rambut mereka.
“Rangka logam itu tercabut dari kekuda. Lapan wanita itu jatuh dari ketinggian 12 meter dan menghempap penari di bawah.
“Semua penghibur sering melakukan aksi sama sebelum ini,” kata Payne.
Menurutnya, persembahan seumpama itu dilakukan sejak Januari lalu.
Pesuruhjaya Keselamatan Awam Providence, Steven Pare berkata, penyiasat belum memutuskan punca kemalangan.
Dia berkata kecederaan yang dialami semua mangsa tidak mengancam nyawa.
“Semua orang dalam keadaan baik. Mereka berada di hospital dan dalam keadaan sedar,” kata pengurus persembahan Legends, Roman Garcia
Sebelas mangsa dengan pelbagai kecederaan dimasukkan ke Hospital Rhode Island di bandar itu, termasuk seorang yang cedera parah.
Aksi gantung-rambut disifatkan laman web sarkas itu sebagai “aksi lagak ngeri terhebat,” menampilkan ahli akrobatik wanita.
Laman web itu menyatakan “Persembahan ‘aksi rambut’ membentuk kombinasi koreografi termasuk berpusing, tergantung dari gelung dan berpusing ke bawah, tergantung dari ketinggian 10.6 meter di udara dengan rambut mereka saja.” - Reuters
No comments
Post a Comment