Seorang isteri yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, Rihana Shekh Dhafali telah dibakar hidup-hidup oleh suaminya selepas keluarga Rihana dikatakan gagal memberikan wang hantaran perkahwinan yang berupa sebuah motosikal dan seekor kerbau, baru-baru ini.
Disebabkan perbuatan kejam suaminya, Farid Sheikh, Rihana telah keguguran bayi yang dikandungnya selepas disimbah minyak tanah di badan.
Rihana yang tinggal di Miyapur, India kemudiannya telah dihantar ke hospital oleh ahli keluarga suaminya yang turut mendesaknya mengakui perbuatan membakar diri itu adalah hasil daripada kecuaiannya sendiri.
Rihana turut mendakwa sebelum ini suaminya pernah membakar alat sulit Rihana dengan menggunakan rokok malah kerap-kali menghinanya gara-gara kegagalannya menyediakan barang hantaran tersebut.
Bapa Rihana, Mohammad Samim Shekh Dhapali yang mengetahui mengenai insiden tersebut terus bergegas melawat anaknya di India dan kemudiannya membawa pulang Rihana ke Nepal, di mana anak perempuannya mengakui kebakaran itu dimulakan oleh suaminya selepas dia tidak berpuas hati kerana masih lagi tidak menerima barang hantaran berupa sebuah motosikal dan seekor kerbau seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Rihana kini sedang dirawat di Kathmandu untuk rawatan lanjut berhubung kecederaannya dan pihak polis Nepal juga sedang menyiasat insiden tersebut untuk tindakan lanjut.
No comments
Post a Comment