Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ditangkap Lakukan Seks Dalam Kapal Terbang
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Seorang wanita British berusia dalam lingkungan 20-an telah ditangkap ketika sedang mengadakan hubungan seks dalam tandas kapal terbang yang dinaikinya, baru-baru ini.
Wanita itu ditangkap mengadakan hubugan kelamin dengan seorang penumpang lelaki yang baru dikenali dalam penerbangan Virgin Atlantic dari London ke Las Vegas itu.
Kedua-dua penumpang tersebut yang mabuk kemudiannya telah digari tangannya oleh krew kabin tersebut sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa gadis tersebut yang turut berada sama dalam penerbangan terbabit.
Perbuatan pasangan tersebut disedari penumpang lain yang terdengar bunyi kuat datang dari arah tandas yang kemudiannya telah memaklumkan perkara itu kepada krew yang bertugas.
Selepas mendarat, penumpang lelaki dan wanita itu telah disoal siasat namun telah dilepaskan dengan syarat oleh pihak polis.
Kejadian ini berlaku selepas insiden seorang lelaki Australia mabuk cuba membuka pintu kokpit kerana menyangkakan itu adalah pintu tandas ketika dalam penerbangan dari Brisbane ke Bali, Indonesia.
Takut dengan pelbagai kemungkinan pengganas, juruterbang telah membunyikan isyarat kecemasan dan lelaki tersebut telah ditahan sebaik mendarat.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments