Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pemandu Bas Mati Kepala Tersepit Pada Pintu Bas
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



GEOGETOWN: Seorang pemandu bas ekspres ditemui maut dalam keadaan kepalanya tersepit di pintu bas penumpang yang diletakkan di kawasan parkir di Masjid Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini, semalam.
Dalam kejadian yang hanya disedari jam 7.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Shaharil Anuar, 32, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kepalanya berada di luar, manakala badannya pula berada di dalam bas berkenaan.
Pegawai Bomba Kanan II Jalan Perak, Yaakob Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.33 pagi daripada orang awam dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian dengan mendapati terdapat seorang lelaki tersepit kepalanya di pintu bahagian penumpang bas ekspres berkenaan.

“Enam anggota tiba di lokasi dan melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan yang dibawa serta terpaksa masuk melalui cermin bahagian pemandu bas sebelum membuka pintu bahagian penumpang itu.
“Selepas 10 minit, mangsa yang tersepit itu dikeluarkan dan kami cuba memberikan rawatan kecemasan terhadapnya, namun dia didapati sudah meninggal dunia kerana tersepit dalam tempoh yang lama,” katanya.
Yaakob berkata, pihaknya tidak dapat memastikan punca sebenar kejadian itu sama ada berlaku disebabkan masalah teknikal atau sebaliknya dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa pemandu kedua bas ekspres berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dikatakan masuk ke dalam bas melalui pintu pemandu dan dipercayai keluar melalui pintu penumpang, namun siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca dia boleh tersepit di pintu bas berkenaan.

Katanya, mangsa berjaya dibawa keluar dari pintu bas dengan bantuan bomba dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian yang sebenar.-HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments