Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Taman Marqueyssac pasti buat korang kagum! (6 Gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sebuah taman yang terletak diantara bukit Perigord, Perancis akan memberikan pemandangan yang luar biasa. Taman Marqueyssac adalah salah satu lambang keindahan bandar kecil Vesaz, Dordogne, Perancis.

Taman ini dibina pada tahun 1861 oleh Julien De Cerval, yang mengabadikan hidupnya selama 30 tahun untuk membina taman Marquessac.

Tanaman jenis Boxwood dipilih sebagai tanaman utama kerana tanaman ini dapat tumbuh dengan lebat, mempunyai tekstur yang kuat dan mempunyai warna hijau bercahaya.

Berjalan di taman ini, pengunjung akan menemui bentuk-bentuk tanaman yang eksentrik. Bentuk-bentuk tanaman di taman ini direka oleh De Cerval dengan maksud tertentu.

De Cerval ingin para pengunjung yang datang ke taman ini pada larut malam dalam suasana romantis di mana mereka akan menikmati keunikan bentuk-bentuk tanaman di tempat ini.

Pada abad ke 20, pemilik seterusnya yang memiliki taman ini tidak menjaga peninggalan De Cerval, sehingga taman ini mengalami kerosakan.

Hanya pada tahun 1996, pemilik baru taman Marquessac, Kleber Rossilon, membina semula taman ini sesuai dengan konsep asal dan menambah beberapa kemudahan baru dengan suasana romantis khas abad 19.

Taman Marquessac dibuka untuk umum pada tahun 1996. Kementrian Kebudayaan Perancis telah memasukkan taman ini sebagai salah satu peninggalan bersejarah Perancis.



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments