Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Rehana Begum Dibunuh Oleh Saudara Mara Di Bangladesh Kerana Cemburu Dengan Kekayaannya!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Bangladesh – Seorang wanita warga British mati dibunuh di Bangladesh dipercayai dilakukan oleh saudara maranya yang cemburu dengan kekayaannya.
Ketika kejadian, Rehana Begum, 43, sedang bercuti di negara berkenaan bersama suami dan anak lelakinya yang berusia 12 tahun, apabila dia diserang oleh sekumpulan lelaki yang mahu merompak barang kemas dan wangnya.
Menurut sepupunya, Sheela Ali, Rehana sempat menjerit kepada penyerang berkenaan sebelum dia ditikam di bahagian kepala dan lengan.
Rehana juga dipercayai mengarahkan kakaknya supaya melarikan diri.
Kumpulan penyerang itu juga menjadikan anak saudara Rehana yang cuba mempertahankan wanita itu daripada diserang, sebagai sasaran.
Salah seorang daripada anak saudaranya yang berusia 15 tahun turut cedera.
“Saudara maranya di Bangladesh sentiasa cemburu dengan kekayaan yang dimiliki oleh Rehana,’’ kata Sheela.
Rehana meninggal dunia di Sunamgani, Bangladesh, pada Jumaat lalu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments