Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Bagi peminat filem Star Wars, Hotel kapsul di Penang ini memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di dalam “Corellian Space”. Hotel yang diberi nama Qube ini terletak hanya 3 minit berjalan kaki dari pusat membeli-belahGurney Plaza. Ia merupakan sebuah hotel butik yang menampilkan bilik-bilik gaya kapsul dengan akses WiFi percuma di dalam bilik.

homeway image.

homeway image

agoda image

Hotel kapsul ini terletak di Jalan Tanjung Tokong

Setiap unit kapsul menawarkan penghawa dingin, soket elektrik dan peti keselamatan peribadi.
Imej dari agoda.com


agoda image

Harga penginapan di hotel ini adalah serendah dari RM35 untuk satu malam. Pastinya Qube merupakan pengalaman baru yang mesti anda cuba. Untuk maklumat lanjut mengenai Qube, anda boleh layari laman Facebook mereka.

Sumber dari Hitz.fm
Duduk berjam-jam di dalam pesawat tentunya adalah perkara yang sangat membosankan. Malah penumpang dilarang untuk menggunakan smartphone, fuhh boleh jadi tak senang duduk dalam tu kan?  Walaupun bosan tetapi selera anda perlu dijaga.  Jadi di dalam kapal terbang, anda akan  dimanjakan dengan menu-menu makanan yang sangat yummy.
Makanan di dalam pesawat berbeza-beza mengikut negara.  Contohnya di Garuda Indonesia anda boleh menjamu lontong dan juga sate, atau di Malaysia Airlines anda boleh menikmati nasi lemak.
Jom tengok menu-menu makanan super lazat dari 16 syarikat penerbangan di bawah ini.
1. Air Asia

2. Air Canada

3. All Nippon Airways

4. American Airlines

5. Asiana Airlines

6. Garuda Indonesia

7. Hawaiian Airlines

8. Indian Airlines

9. Jamaican Airways

10. Japan Airlines

11. Kuwait Airways

12. Saudi Arabian Airlines

13. Singapore Airlines

14. Transasia Airways

15. EVA airways

Siapa yang tidak mahu  berbulan madu di tempat impian? Apatahlagi di tempat-tempat terindah dan termahal di dunia seperti yang berikut.
Dari laporan Businessinsider.com, lima tempat  di beberapa buah negara ini merupakan idaman kebanyakan pasangan sebagai tempat berbulan madu kerana menawarkan panorama yang mengasyikkan serta lengkap dengan fasiliti mewah.
1. Maldives

Di negara ini, percutian bulan madu anda akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan dan sangat sempurna kerana  keindahan alam semula jadi yang pasti memukau mata anda serta buatkan anda lupa kerja-kerja di pejabat. Hotel-hotel mewah di sini kebanyakannya menghadap ke arah pantai dan terdapat hamparan pasir putih yang mengasyikkan. Anda boleh meluangkan masa bersama pasangan di pantai yang indah sambil menyaksikan pemandangan-pemandangan cantik di sekelilingnya.
2. Bora-bora

Setiap tahun Bora-Bora dikunjungi oleh sekitar seratus ribu pelancong dari serata dunia. Pemandangan disini didominasi oleh pantai berpasir putih yang dikelilingi oleh lagun yang berwarna biru kehijauan. Setiap pasangan akan dimanjakan dengan air laut yang berwarna biru jernih dan dapat melihat  terumbu karang yang sangat cantik dan indah. Bagi penggemar sukan “surfing”, jangan risau kerana ombak di sini memang akan menjadi “sahabat” baik anda.
3. Greek Cyclades

Di pulau ini anda akan menikmati pemandangan bangunan-bangunan putih dan biru. Ianya dihiasi dengan kubah klasik ditambah lagi dengan pemandangan laut yang cantik. Di sepanjang jalan Greek Cyclades terdapat banyak restoran, kedai-kedai dan galeri lama yang boleh anda kunjungi bersama pasangan. 
4. Kepulauan Fiji

Fiji adalah sebuah negara pulau. Fiji memiliki 322 pulau, 106 di antaranya adalah berpenghuni. Selain itu ada pula 522 pulau kecil. Pulau kedua terbesar adalah Viti Levu danVanua Levu yang mana penghuninya meliputi 82% dari keseluruhan penduduk negara ini. Ibu kota Fiji, Suva, terletak di pulau ini. Di Fiji banyak imigran yang berasal dari India/Pakistan. 
5.Tuscany, Italy

Selain kesenian yang bermutu tinggi dan keindahan pemandangan alam, Tuscany turut memiliki pantai dan pulau yang  indah terutamanya di bahagian selatan. Beberapa pantai yang perlu dikunjungi di sana antara lain adalah Taman Nasional Uccelina, Albarese, Talamone, Monte Argentario, Laguna di Orbetello, dan Castiglion della Pescaia.Pulau-pulau di Tuscany juga menawarkan keindahan tropika yang unik. Tuscany merupakan tempat lahirnya kebudayaan Renaissance yang terkenal dengan warisan sejarah. Di daerah ini anda boleh melihat unsur seni bina Renaissance di banyak tempat.
Sumber dari Business Insider
Villa yang diberi nama Dunbar Rock ini memiliki 8 buah bilik yang mampu menampung sehingga  18 orang untuk menginap. Jika anda ingin lari dari kesibukan kerja dan  kesesakan bandar, kami cadangkan anda untuk berlibur di villa ini. Selain menawarkan pemandangan yang sangat indah, tempat ini juga menawarkan privasi tersendiri kerana berada di tengah-tengah laut dan tiada apapun gangguan.

Villa ini terletak sekitar 70 kilometer dari  pantai utara Honduras, Amerika Tengah. Ada dua cara untuk sampai ke tempat ini sama ada dengan cara menaiki bot ataupun helikopter. Di aras bumbung Villa ini turut disediakan landasan untuk helikopter mendarat.

Salah satu fasiliti menarik yang ditawarkan oleh pengusaha Villa Dunbar Rock ini adalah pengunjung  bebas menyelam ke dalam laut untuk melihat keindahan laut dan segala hidupan yang terdapat di dalamnya. Jika anda tidak mahu menyelam, para tetamu juga boleh berjemur di balkoni villa untuk menikmati suasana seperti di pulau persendirian.

Chef berpengalaman juga turut disediakan untuk menyajikan makanan laut perairan Carribean kepada para tetamu. Namun untuk menginap di Villa tersebut, harga penginapan serendah dari 10 ribu ringgit Malaysia.
Tertarik untuk bercuti di sini.
Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang sangat indah dan menarik yang wajib dikunjungi oleh setiap orang yang cintakan keindahan alam dan cabaran. Mendapat gelaran sebagai “Land Below The Wind” (Negeri Di Bawah Bayu) oleh orang-orang Eropah, negeri ini amat kaya dengan khazanah lautnya serta pulau-pulaunya yang sangat cantik.
Sabah kerap dikunjungi oleh penyelam dari luar dan dalam negara, dan laut yang mengelilingi negeri Sabah dipenuhi dengan batu karangnya yang cantik dan kehidupan laut yang unik. Pulau-pulau Sabah adalah satu destinasi yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan percutian di pantai. Ingin lari dari kesibukan kerja di kota dan ingin mencari ketenangan? Berikut kami senaraikan 7  pulau di Sabah yang kurang  popular tetapi sangat cantik dan indah setaraf dengan pulau cantik di dunia seperti Bora-bora.
1. Pulau Bohey Dulang, Semporna
Imej dari ilovesabah.info
Pulau Bohey dulang terletak satu jam perjalanan dari pekan Semporna menaiki bot. Keindahan pemandangan dari atas gunung di pulau ini menjadi tarikan pelancong.
2. Pulau Kapalai, Semporna
mej dari embassyalliance
Pulau Kapalai adalah sebuah  pulau yang terletak agak tersembunyi di antara pulau SIpadan dan Pulau Mabul. Ia sebenarnya adalah sebuah pulau yang terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan. Terdapat sebuah kampung/ resort air yang dibina di atas tiang-tiang yang tinggi yang membolehkan anda untuk melihat kehidupan marin yang berenang-renang di kawasan batu karang di bawahnya. 
3. Pulau Sibuan, Semporna
Imej dari etawau.com
Pulau ini dikatakan antara pulau yang terindah di lautan Sulawesi. Untuk ke pulau ini, anda boleh menaiki teksi atau bas dari Lapangan Terbang Tawau terus ke Semporna.
4. Pulau Mataking, Semporna
Imej dari tripadvisor.co.uk
Pulau Mataking terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Terdapat 30 kawasan menyelam  dan antara yang paling terkenal adalah Magic Rick, Mantis Reef dan Alice Wall. Lihat secara dekat lagi hidupan laut seperti barracuda, stingrays, tuna, ikan dan lain-lain. Pantainya yang cantik dan menarik pasti menjadi tarikan pengunjung yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari dan keluarga anda.
5. Pulau Baggi, Kudat
Imej dari gadflyketch.wordpress.com
Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
6. Pulau Bum-Bum, Semporna
Imej dari cuti-cutimalaysia.net
Pulau Bum Bum terletak berdekatan dengan Semporna, Kudat dan Lahat Datu dan bersaiz sebesar Singapura. Pulau Bum Bum belum menjadi pusat perlancongan yang terkenal tetapi tak rugi kalau singgah ke Pulau Bum Bum jika anda datang ke Sabah.
7. Pulau Timba-timba
Imej dari Flickr

Sajakongsi.com

The Haiku Stairs, atau lebih dikenali sebagai Stairway to Heaven merupakan sebuah anak tangga yang mempunyai kira – kira 4,000 langkah yang dibina dengan ketinggian 2800 kaki dari Lembah Haiku hingga ke puncak gunung Pu’u Keahi A Kahoe, Hawaii. Anak tangga ini pada asalnya dibina daripada kayu dan telah dipasang pada tahun 1942 bertujuan membolehkan tentera AS memasang kabel radio dari setiap antena bagi memudahkan komunikasi radio. Kemudian, pada tahun 1950-an, selepas Pangkalan Tentera Laut telah dirobohkan dan diambil alih oleh Pengawa Pantai Amerika Syarikat. Walaupun stesen ini ditutup dan tidak membenarkan sebarang aktiviti pendakian, namun, ramai pendaki malah pejalan kaki yang sanggup menceroboh kawasan ini bagi melihat dan mendaki anak tangga ini.





Bagaimana agaknya pandangan pelancong luar kepada Malaysia? Adakah bagus atau negatif sepanjang masa?

Lain orang lain pendapat dan pandangannya. Kali ini kami bawakan 10 perkara tentang Malaysia dari kacamata Vaughan dan Lauren Manuel McShane – pasangan suami isteri dari Afrika Selatan yang suka mengembara.

1. Pantai di Malaysia memang sangat teruk.
Semestinya ini bukanlah pantai yang best untuk dijadikan lokasi bercuti. Pulau Besar, Mersing.
Terserlah wajah kecewa di sini. Lagi di Pulau Besar, Mersing.
Warna air kebiru-biruan yang mengecewakan. Salang, Pulau Tioman.
2. Rakyat Malayia yang pemalas.
Tengoklah pakcik tua ni habiskan masa tua main tolak-tolak dengan kotak saja berbanding isi masa lapang dengan kerja berfaedah. Melaka.
Yang ini pula sedang bagi makan kat ikan sambil ajar anak dia bagaimana ca bagi ikan makan. Endau, Rompin.
3. Malaysia adalah lokasi paling buruk untuk suasana waktu matahari terbenam.
Tengoklah, tak ada siapa nak selfie kat sini masa sunset. Tekek, Pulau Tioman.

Entah di manalah letaknya keindahan pemandangan di sini. Air Papan, Johor.


Sekadar waktu matahari terbenam biasa-biasa saja.
4. Tiada sebab untuk bangun pagi dan lihat matahari naik
Wanita kesepian di Juara, Tioman.
Pagi-pagi dah panas. Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.
Sunyi sepi di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang
5. Malaysia – negara yang miskin dengan budaya dan tiada sejarah
Adegan ngeri di tokong cina paling tua di Melaka.
St Paul Melaka. Dibina pada tahun 1521.


Ayah dan anak di upacara perkahwina masyarakat India.
6. Hutan semua dah hilang kena tebang. Yang tinggal hanya kebun kelapa sawit.
 Pokok tinggal berapa batang je kat sini. Taman Negara Kubah, Sarawak.


Safari Sungai Kinabatangan, Sabah. Safari?

7. Rakyat Malaysia sombong dan tak mesra pelancong.
Kanak-kanak Malaysia sedang bergaduh.

Sungguh tidak peramah. Pulau Tengah, Johor.
8. Tiada budaya minum kopi di Malaysia.
Tak ada yang pandai buat kopi sedap di sini. Melaka.

Dan tak ada cafe menarik untuk lepak-lepak. Limau Limau, Melaka.
9. Menara Berkembar Petronas dan Kuala Lumpur yang overrated
Lihatlah lampu yang malap dan langsung tak menarik di waktu malam. Siapalah tertarik untuk ke sini.

Bandar yang tiada seniman jalanan. Bayang pelukis pun susah nak nampak. Pasar Seni, Kuala Lumpur.
10. Tiada aktiviti ‘outdoor’ yang boleh dilakukan di Malaysia.
Air tak cukup jernih untuk snorkeling. Salang, Pulau Tioman.

 Bosan dan tiada aktiviti menyeronokkan. Juara, Pulau Tioman.


Pengalaman paling ngeri kena panjat bukit di Batu Caves, Kuala Lumpur.


Harus kanak-kanak ni ingat kami gila sebab buang masa di tasik yang membosankan ini dengan Oxbold Adventures.
Nampaknya pasangan ini tertinggal satu lagi perkara paling membosankan sewaktu mereka berada di Malaysia. Tiada pilihan makanan langsung, kedai susah nak jumpa dan semuanya tak sedap.


P/s Jika anda berfikir negatif, sila faham maksud utama post ini.. :) 
ProudtobeMalaysian