Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PERGH ! Pak Ya Power Jual 11,000 Popia Setiap Hari Di Bazar Ramadhan Desa Pandan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


BAGI pengunjung Bazar Ramadhan Desa Pandan pula, gerai popia “Pak Ya Popia Power” semestinya sudah tidak asing lagi buat mereka.
Mana taknya, setiap hari gerai itu pasti akan penuhi dengan orang ramai yang beratur tidak putus-putus untuk mendapatkan popia istimewa itu.
Popia yang juga diberi jolokan “Popia Giant” itu diusahakan oleh pasangan suami isteri, Yahya Ibrahim, 67 dan Norimah Abd Wahab dikatakan mampu menjual sehingga 11,000 popia setiap hari.


Gerai “Pak Ya Popia Power” hanya menjual tiga jenis popia iaitu, popia madu, popia goreng dan popia basah.
Menurut Yahya, dia dan isteri akan menyediakan bahan bagi membuat popia seawal jam 7.30 pagi dan dibantu oleh enam kakitangan.
Memetik laporan dari myMetro, Yahya juga berkata biarpun popianya sedikit mahal, orang ramai tidak merungut tentang itu.
“Biarpun dijual pada harga RM1 bagi satu, kami tidak menerima sebarang rungutan daripada pelanggan berikutan saiznya yang besar dan tidak boleh didapati di tempat lain,”katanya.



“Saya juga tidak akan menaikkan lagi harga biarpun kos sara hidup yang kian meningkat kerana mahu menjaga pelanggan setia kami,” katanya lagi.
Di media sosial, orang ramai memuat naik gambar gerai popia Pak Ya Popia Power dan menjadi bualan di internet.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments