KUALA LUMPUR – Polis Malaysia berjaya mematahkan beberapa
perancangan kumpulan militan radikal untuk mengebom beberapa tempat di
sini yang didorong oleh tindakan pergerakan ekstremis jihad Syria.
Timbalan Ketua Bahagian Antikeganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Senior Asisten Komisioner Ayob Khan Mydin, berkata 19 militan yang
disyaki itu yang ditahan antara April hingga Jun lalu yang merancang
untuk mengebom pub, disko dan kilang pengeluar bir Denmark di sini.
Beliau berkata, anggota kumpulan itu yang semuanya rakyat Malaysia,
berhasrat mewujudkan sebuah kawasan pentadbiran khalifah Islam di Asia
Tenggara merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan
Singapura, serta bercadang ke Syria untuk belajar dari pergerakan Negara
Islam dan Levant (ISIL).
Perancang itu termasuk membabitkan golongan profesional dan dua suri rumah.
Mereka masih di peringkat awal perbincangan mengenai perancangan itu
dan tidak mempunyai senjata berat atau pengetahuan untuk membuat bom,
katanya.
Tujuh orang sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan menggalakkan keganasan sehingga memiliki raifal buatan sendiri.
“Mereka merancang untuk melancarkan kempen keganasan dan perjuangan bersenjata dan mati syahid,” kata Ayob Khan.
Polis percaya rakan yang bersubahat dengan mereka masih lagi berada bebas di luar.
Sesetengah daripada mereka ditahan di lapangan terbang dalam
perjalanan untuk ke Turki dan Syria bagi menjalani latihan dan
memperoleh bantuan lain daripada ISIL.
Perancang Malaysia itu berusia antara 20 dan 50 tahun. Sesetengah
mereka yang ditahan sudahpun diumumkan oleh pihak berkuasa, tetapi pihak
polis masih belum memberi maklumat terperinci mengenai perancangan dan
iedologi anggota kumpulan yang disyaki itu.
Ada yang sudah memulakan kempen mengumpul wang termasuk menerusi
Facebook, untuk ke Syria atas alasan untuk melakukan kerja kemanusiaan,
kata Ayob Khan.
“Ketika polis menyoal siasat, mereka bercakap mengenai ideologi ISIL,
termasuk pembunuhan orang tidak bersalah dan juga orang Islam yang
tidak menyertai kumpulan itu,” katanya.
Bar dan kilang arak berdekatan Kuala Lumpur adalah antara sasaran
mereka kerana pengambilan alkohol dilarang oleh Islam, katanya.
Ayob Khan berkata suspek juga berharap untuk mewujudkan rangkaian dengan sel ISIL global dan serantau.
Katanya, polis percaya sehingga 40 rakyat Malaysia sudah ke Syria bagi menyertai perang sivil di sana.
Menurut laporan media tempatan, seorang pekerja kilang berusia 26
tahun, Ahmad Tarmimi Maliki pernah meletupkan 25 askar elit Iraq dalam
serangan pengeboman kereta di sana, Mei lalu. – AFP
No comments
Post a Comment