Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Ini Gunakan Rahim Jiran untuk dapatkan Anak~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Naomi dan Hayley (Daily Mail.)

Semua orang memerlukan tetangga yang baik. Tapi dalam kes Naomi Armitage, kebaikan tetangga sebelah rumahnya melebihi dari kebaikan tetangga pada umumnya. Hayley Wells, yang tinggal berdekatan dengan rumah Naomi, rela menjadi ibu pengganti untuk kebahagiaan Naomi.

Seperti dikutip dari Laman DailyMail, Naomi didiagnosis tidak boleh mempunyai keturunan kerana kanser serviks. Rawatan kemoterapi telah menghancurkan sel-sel di rahimnya.

Satu-satunya jalan untuk memiliki anak adalah melalui program bayi tabung. Sebelum menjalani rawatan kemoterapi, Naomi dan suaminya telah menyiapkan embrio untuk dibekukan dan ditanamkan ke ibu pengganti. Tujuannya adalah agar pasangan ini tetap dapat mempunyai keturunan.

Tetangga Naomi, Haeyley, yang telah mempunyai tiga orang anak, dengan senang hati membantu Naomi untuk memiliki buah hati. Melalui embrio beku, Hayley mengandung anak Naomi dan Richard. Anak yang kini berusia 8 bulan itu diberi nama Mireya, yang dalam bahasa Sepanyol bermakna keajaiban.

Pasangan ini mempunyai 12 embrio beku. Ini tidak menutup kemungkinan jika Naomi dan suaminya ingin memiliki anak kembali. Namun, ia harus tetap menggunakan ibu pengganti untuk melahirkan bayi-bayinya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments