London – Seorang pelajar gay, Clayton
Pettet, 19, berdepan dengan kecaman selepas dia yang mendakwa masih
teruna itu merancang untuk melakukan seks dengan teman lelakinya, di
hadapan 100 orang.
Aksi murahan itu akan dilakukan atas nama seni itu, akan diadakan pada 25 Januari depan.
Menurutnya, rancangan berkenaan akan
diadakan di dalam sebuah galeri untuk satu projek yang bertajuk ‘Art
School Stole My Virginity’.
Selepas adegan seks itu, satu sesi soal jawab akan diadakan bertujuan untuk mencabar idea mengenai seksualiti.
Clayton berkata, dia telah merancang projek tersebut selama tiga tahun dan ia akan hanya dilakukan sekali sahaja.
“Saya mempertahankan teruna saya selama
19 tahun dan saya mahu penonton melihat sama ada apa-apa perubahan
berlaku kepada saya atau teman lelaki saya,’’ katanya.
Clayton bagaimanapun masih belum memaklumkan kepada ibu bapanya mengenai rancangan gila itu.
Namun dia sudah memberitahu tutornya mengenai projek itu.
No comments
Post a Comment