SYDNEY – Nampaknya tiada sebarang batasan untuk sesiapa menunjuk-nunjuk kemewahan masing-masing kepada umum.
Sebuah syarikat Australia semalam dilaporkan menjadi pengeluar
pertama kertas tandas diperbuat daripada emas dengan harga AS$1,376,900
(RM4,346,666).
Menurut laman sesawang syarikat Toilet Paper Man itu, kertas tisu itu
menggunakan emas 22 karat dan setiap satu gulung disertakan sebotol
champagne percuma.
“Setiap pesanan akan dihantar sendiri kepada pelanggan kami,”
katanya. Bagi sesiapa yang bimbang kertas tisu emas itu tidak
menyediakan kebersihan sepatutnya, syarikat terbabit berkata, mereka
memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku.
Kata jurucakapnya, produk itu dihasilkan dalam tiga lapisan untuk memberikan keselesaan maksimum.
“Kami mendapat idea untuk menghasilkan kertas tisu ini selepas
melihat beberapa hotel di Dubai menggunakan kelengkapan bersalut emas,”
katanya. Menurut jurucakap itu, mereka menghabiskan masa empat tahun
untuk menghasilkan segulung produk berkenaan.
“Ini adalah kertas tisu tandas paling mahal di dunia,” katanya.
Setakat ini hanya satu gulung dihasilkan dan ia dijamin selamat
digunakan. – Agensi
No comments
Post a Comment