Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Aktivis Separuh Bogel Cemar Pertunjukan Fesyen
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Aktivis Separuh Bogel Cemar Pertunjukan Fesyen

MAJLIS peragaan Fesyen Musim Bunga Paris 2014 yang sepatutnya berjalan dengan lancar dan penuh gemilang dicemari dengan insiden pencerobohan oleh dua aktivis wanita separuh bogel.

Aktivis kumpulan Femen tersebut berlari naik ke pentas peragaan dengan tanpa memakai baju sambil melaungkan “fashion fascism” yang merujuk kepada seksualiti dalam industri peragaan melalui solekan.

Mereka juga turut menconteng ayat pada tubuh yang bertulis “Diktator Fesyen” dan “Model Tidak Pergi ke Rumah Pelacuran”.

Kejadian itu berlaku sewaktu para model sedang sibuk memperagakan koleksi Nina Ricci dan salah seorang model, Hollie-May Saker,18, hampir menjadi mangsa kekasaran aktivis tersebut.

Menurut Saker, dia mendengar jeritan di belakangnya sewaktu sedang melangkah ke pentas.
“Apa yang saya lihat ialah wanita separuh bogel dengan contengan pen di tubuh mereka. Salah seorangnya mengangkat tangan saya dan saya memusingkannya dengan sekuat hati,” ujarnya.

Menurut gadis itu lagi, dia berasa sangat marah, namun terpaksa bertindak profesional pada saat itu.

“Memikirkan semula perkara itu, saya harap saya dapat menolak kedua-duanya jatuh dari pentas kerana merosakkan majlis kegemaran saya,” tambah Saker.

Bagaimanapun, kedua-dua aktivis tersebut berjaya dibawa keluar oleh seorang pegawal keselamatan yang bertugas.

Pelik kan? Katanya memperjuangkan hak dan maruah wanita, tetapi tindakan mereka pula yang memalukan diri sendiri.

article-2433058-1851532300000578-79_470x705
Paris Fashion Ricci

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments