Rozita Che Wan (Che Ta) merancang mahu menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy sebuah kereta spot jenis BMW X6, ramai peminat memberi respon, bertapa beruntungnya menjadi anak Che Ta.
Malah ada juga peminat (termasuklah kami) ‘mencuba nasib’, dengan meluahkan hasrat teringin benar nak menjadi anak angkat kepada hot mummy itu. Manalah tahu, kalau-kalau anak tuah dapat kereta sport jugak kan
Bagaimanapun, Ammar memberikan respon yang berbeza apabila pelajar cemerlang 8A SPM ini menerusi laman sosial Twitter miliknya menyatakan laporan media mengenai hasrat ibunya itu sebagai mengarut dan tidak benar.
Ammar berkata demikian sebagai membalas beberapa sapaan pengikut Twitter yang mengatakan dia bertuah kerana bakal memiliki kereta idaman ramai anak muda sebayanya. Bahkan ada anatara rakannya yang dalam nada bergurau berpesan jangan lupa menumpangkan mereka nanti.
Selain menulis perkataan nonsense (mengarut), Ammar juga menulis kenapa selalu salah dengar. Luahannya itu seolah-olah menyifatkan laporan media mengenai berita dia bakal mendapat kereta mewah itu, tidak benar sama sekali.
No comments
Post a Comment