KUALA LUMPUR: Dua minggu lalu portal Murai menerusi segmen Murai Batu ada menyatakan pelakon cantik Maya Karin ke Majlis Anugerah Laureus World Sports bersama seorang jejaka mat salleh.
Bagaimanapun Maya ketika ditemui selepas sesi WebChat bersama Murai sebentar tadi memberitahu jejaka mat salleh itu bukanlah kekasihnya tetapi hanya seorang teman.
“Dia bukan kekasih saya, dia hanya seorang kawan yang menemani saya ke majlis anugerah itu. Saya ajak dia ke sana kerana tidak mahu berseorangan sepanjang majlis berlangsung,” katanya ketika diminta mengulas tentang perkara tersebut.
Menjawab soalan tentang menjalin cinta dengan lelaki berbangsa Eropah, Maya berkata dia tidak pernah mengiyakan gosip tersebut.
“Saya tak pernah kata ya atau pun tidak mengenai perkara tersebut. Sikit pun saya tak pernah komen mengenainya. Dari mana mereka dapat cerita tentang teman lelaki saya mat saleh pun saya tak tahu.
“Saya cuma mengaku sudah mempunyai teman lelaki itu sahaja,” jawabnya.
Tambah Maya, dia tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai perkara terebut kerana buat masa ini dia hanya mahu fokus kepada album ketiganya berjudul Teka-Teki.
“Bukan masanya untuk saya komen lagi mengenai perkara itu kerana jika ianya benar barulah saya akan kongsi dengan semua,” ujarnya.-Murai
No comments
Post a Comment