Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Militan Islam Haram Ketawa Dan Tangisan Ketika Kematian
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Xinjiang: Gabenor di wilayah barat China semalam mendakwa pihak militan Islam cuba mengharamkan ketawa ketika majlis perkahwinan dan tangisan ketika kematian sambil menggesa orang ramai supaya membasmi “wabak” ekstremisme itu.
Menulis dalam akhbar rasmi Xinjiang Daily, Gabenor Nur Bekri berkata, kumpulan militan yang berselindung disebalik imej Islam itu “keterlaluan” dalam amalan beragama sehingga membenarkan pembunuhan berlaku dan menyekat segala bentuk kebebasan. 
“Mereka mendesak agar perbuatan seperti menonton televisyen, mendengar radio, membaca akhbar, menyanyi dan menari diharamkan. 

“Mereka juga menghalang masyarakat daripada ketawa di majlis perkahwinan atau menangis sewaktu pengebumian.

“Selain itu, kumpulan terbabit turut memaksa lelaki menyimpan janggut, manakala wanita memakai purdah,” katanya.

Melalui penulisan itu juga, Nur Bekri menyatakan, militan terbabit berpendirian bahawa subsidi perumahan disediakan kerajaan China sebagai haram dan mesti dielakkan. 

Keganasan sudah lama tercetus di Xinjiang - sebuah wilayah yang kaya dengan hasil bumi serta berkedudukan strategik di sempadan tengah Asia. 

Beijing pula sering menyalahkan kumpulan penentang dan pejuang pemisah berhubung perkara itu. - Reuters

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments