KUALA LUMPUR: Semalam, seorang wartawan daripada sebuah akhbar ada menulis mengenai seorang produser iaitu Tasha Aziz yang telah melarikan diri daripada membayar hutang pelakon yang menjalani penggambaran di sebuah drama terbitannya.
Wartawan hiburan tersebut memberitahu dia menulis bagi mewakili beberapa pelakon yang telah meluahkan rasa tidak tahan dengan sikap produser itu yang sering kali mengelak apabila diminta bayaran masing-masing.
Antara pelakon yang menjadi mangsa Tasha dan syarikat penerbitannya, Temenggong Picturs Sdn Bhd itu adalah seperti Najua P Ramlee, Zila Bakarin, Aleza Shadan, Khaty Azean, Sharonizam, Aida Jebat dan ramai lagi.
Namun, semalam juga salah seorang daripada pelakon itu iaitu Zila Bakarin telah menaikkan satu post di laman sosial Instagram miliknya mengenai satu gambar screen capture dipercayai perbualan diantara Tasha dengan seseorang.
Zila yang menerima gambar itu bagaimana pun dalam caption di Instagram berkenaan memberitahu kecewa apabila dituduh sering mencari pasal sedangkan dia hanya mahu menuntuk haknya dan juga rakan-rakan yang lain.
Berikut caption yang ditulis Zila:
“Astaghfirullahhalazim…kenapa saya dituduh mcm tu..belum terlintas nak mengaibkan sesiapa…salah ke saya minta hak saya? Saya minta hak kawan2 saya yang sangat2 memerlukan..saya bukan jenis manusia yang suka cari pasal kalau ianya tak bersebab..saya sangat tegas dalam menuntut hak saya dan anak2. Tolong lah…jangan mencari salah orang lain..untuk menutup kesalahan sendiri,”
Zila yang dihubungi Murai bagaimana pun, tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal tersebut dan berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan segera
No comments
Post a Comment