GOLONGAN wanita boleh dikatakan sebagai golongan yang sangat cerewet
dalam apa jua hal. Tidak kira dari segi pemakanan, cara hidup, fesyen
hingga ke pemilihan sabun pencuci muka. Dalam kata mudah mereka ini
sangat mementingkan kualiti hidup. Dalam sibuk memilih sesuatu yang
berkualiti bagi diri mereka, pastinya ada perkara-perkara yang mereka
terlepas pandang. Fakta yang dikongsikan ini bukanlah untuk menakutkan
anda sebagai golongan wanita, tetapi ia sebagai satu cara untuk mengubah
persepsi pemikiran anda sekaligus mengubah cara hidup anda kepada cara
hidup yang lebih baik dan berkualiti.
1. Gincu antara punca kegagalan jantung.
Golongan wanita pastinya mempunyai keinginan untuk sentiasa dilihat
cantik. Maka, mereka akan berhias menggunakan pelbagai jenis alat-alat
solek dan pastinya gincu adalah salah satu daripadanya. Namun tanpa
mereka sedari, gincu adalah salah satu daripada penyumbang kepada
kegagalan jantung. Kebanyakan gincu-gincu berjenama di pasaran pada masa
kini menganduni bahan kimi berbahaya seperti ‘paraben’, ‘methacrylate’,
plumbum dan ‘triclosan’.
Bahan-bahan berbahaya seperti ini cepat diserap ke dalam aliran darah
apabila anda mengaplikasikannya di bibir. Penggunaan gincu boleh
dikatakan bukan hanya sekali sehari, malah ada golongan wanita yang
mengemas gincu mereka berkali-kali sepanjang hari. Jika anda merupakan
golongan wanita yang amat mementingkan penampilan, tanpa disedari anda
adalah antara mereka yang telah secara langsung memasukkan kimia
berbahaya tersebut ke dalam badan.
Satu eksperimen telah dilakukan oleh para penyelidik Jabatan
Kesihatan Awam di Universiti California-Berkeley berkenaan kandungan
kimia di dalam gincu. Penyelidik yang melakukan kajian terhadap tikus
mendapati tikus yang terdedah kepada bahan kimia tersebut mengalami
gangguan otak sekaligus membawa kepada kegagalan jantung dan fungsi
otot. Walaupun kajian tersebut tidak diuji ke atas manusia, namun ia
tetap berada di tahap yang membimbangkan di mana ia mampu menjejaskan
kesihatan manusia. Salah sebuah syarikat penjagaan kulit terkemuka,
Johnson & Johnson telah membuat keputusan untuk tidak lagi
menggunakan triclosan dan parabens di dalam mana-mana produk mereka.
2. Teh hijau cegah ostreprosis.
Apabila dimamah usia, pastinya pelbagai penyakit bakal ‘memakan
diri’. Justeru, pelbagai jenis makanan tambahan serta produk kesihatan
memenuhi pasaran tidak kira sama ada produk tempatan dan antarabangsa.
Salah satu penyakit yang sering kita dengari adalah osteoporosis.
Osteoporosis merupakan sajenis penyakit tulang paling ‘popular’ dalam
kalangan warga emas dan sememangnya ia menyakitkan. Penyakit tersebut
melemahkan sel-sel tulang di mana ia boleh membawa kepada keretakan
tulang pada bila-bila masa.
Malah, dalam penyelidikan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan
Amerika Syarikat mendapati peluang golongan wanita mendapat penyakit
osteoporosis adalah empat kali lebih tinggi berbanding lelaki. Kajian
yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Maryland terhadap teh
hijau mendapati minuman herba tersebut mengandungi bahan kimia yang
boleh merangsang pertumbuhan tulang. Kita sedia maklum bahawa teh
sememangnya popular dari zaman Dinasti Qing di China di mana ia
dijadikan bahan perubatan. Hingga ke hari ini, teh masih lagi menjadi
pilihan sebahagian besar penduduk dunia apabila ia dilihat sangat
bermanfaat. Beberapa kajian saintifik juga membuktikan teh mampu
menangani beberapa penyakit lain seperti kanser, obesiti dan dehidrasi.
Pengambilan tiga cawan teh atau lebih dalam sehari adalah jauh lebih
baik berbanding pengambilan air dalam kuantiti yang sama di mana
kandungan antioksidan yang tinggi di dalam teh mampu meningkatkan daya
tahan badan. Tambah menarik, sebatian di dalam teh hijau mampu
menghalang resorpsi tulang – sejenis penyakit yang melemahkan tulang
akibat pereputan sel. Jika tekak anda sukar untuk menerima rasa pahit
the tersebut, anda boleh menambah beberapa sudu madu ke dalam minuman
tersebut. Bukan itu sahaja, pengambilan minyak ‘flaxseed’ yang
sememangnya kaya dengan omega 3 dan 6 dilihat mampu memberi kesan
positif kepada kepadatan tulang sekaligus membantu mereka yang berisiko
menghidap osteoporosis.
No comments
Post a Comment