PEPATAH ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ memang sangat sesuai untuk menggambarkan situasi yang menimpa seorang pemandu kereta mewah.
Ferrari 458 Italia milik seorang individu dilaporkan tersadai di Lebuh Raya Sultan Iskandar (Lebuh Raya Mahameru) menghala ke Seremban setelah kehabisan petrol, semalam.
Selang beberapa minit, anggota polis tiba di tempat kejadian lalu bertindak menyaman pemilik kenderaan terbabit atas kesalahan kecuaian diri sendiri hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kepada pengguna jalanraya lain.
Selain itu, anggota polis berkenaan turut mengeluarkan saman atas kesalahan plat nombor yang tidak menepati spesifikasi seperti ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
No comments
Post a Comment