Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Padah Mahu Cantik Untuk Kahwin Lelaki Kaya
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

China
China – “Muka awak terlalu kurus menyebabkan awak kelihatan seperti orang yang papa kedana’’. Kata-kata berkenaan telah mengubah hidup seorang wanita, Xiao Lian untuk selama-lamanya.
Ketika itu, Xiao Lian yang baru berusia 17 tahun berasa kecewa selepas mendengar majikannya bercakap sedemikian rupa.
Dalam diam-diam, dia berhasrat menyuntik wajahnya, agar ia kelihatan pejal dan berisi, sekali gus dapat memikat lelaki kaya.
Namun kini selepas 11 tahun, wajah Xiao Lan berubah sepenuhnya, kesan suntikan haram yang dilakukan di wajahnya.
Menceritakan kisah hidupnya, Xiao Lian berkata, selepas mendengar kata-kata majikannya itu, dia telah mengunjungi sebuah klinik untuk mendapatkan suntikan bagi memejalkan wajah, namun bayaran yang mahal telah menghalang hasratnya.
Selepas itu, rakannya berjaya mempengaruhinya untuk melakukan suntikan itu di sebuah klinik haram dan sebaik disuntik, wajahnya menjadi cantik, namun keadaan berubah selepas lima tahun.
Wajahnya mula membengkak manakala mata dan hidung mula bertukar bentuk.
Pada 2013, keadaan bertambah teruk apabila rambutnya mula luruh.
Rupanya dia disuntik dengan gel hydrophilic polyacrylamide iaitu sejenis bahan yang digunakan untuk membesarkan payu dara.
Bagaimanapun gel hydrophilic polyacrylamide telah diharamkan di China kerana ia didapati mengandungi toksid.
Kini Xiao Lan terpaksa menjalani pembedahan bagi membetulkan semula wajahnya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments