Selepas beberapa orang artis mengambil
gambar kenangan bersama pengawal keselamatan ‘glamour’ Azman Mohd Nayan
ekoran insiden beliau dengan isteri Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo,
Pakcik Azman terus jadi buruan artis.
Terbaru, artis jelita Neelofa Mohd Noor turut bergambar bersama beliau di tempat beliau bertugas di Terminal Subang Skypark.
Kita banyak melihat pakcik dikejar sana sini untuk bergambar, tetapi tak ada pula orang kejar isteri Mat Yo untuk bergambar.
Lihat sahaja bagaimana taraf seseorang
yang boleh diubah Allah dalam sekelip mata biarpun pakcik Azman tidak
kaya dan hanya lelaki biasa tetapi beliau kini lebih popular dari isteri
Mat Yo.
Ekoran popularitinya itulah, Neelofa juga mengejar pakcik ini untuk bergambar dengannya.
Jadi, dalam gambar ini sesuailah kalau penulis katakan Neelofa tumpang populariti pakcik Azman.
Dalam mesej berkaitan gambar itu, Neelofa berkata hormatilah orang tua tidak kira apa pun pekerjaannya.
“Yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan,” kata Neelofa.
Lebih istimewa, kita tahu Neelofa akan
hanya buat pose mulut muncung kalau gambar itu betul-betul istimewa,
dengan pakcik Azman Neelofa muncung mulut lagi.
No comments
Post a Comment