MANAMA – Seorang isteri di Yaman meminta mahkamah untuk memaksa
suaminya memberi lebih perhatian kepada beliau kerana banyak masa
dihabiskan dengan aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya.
Dalam kes yang disifatkan sebagai luar biasa di negara itu, wanita
berusia 30-an mendakwa suaminya mengalami ketagihan yang tidak normal
terhadap mesej aplikasi mesej telefon bimbit terbabit sehingga
mengabaikan isteri dan gagal memenuhi tanggungjawab sebagai seorang
lelaki.
Penduduk bandaraya Aden terbabit mengadu ketagihan suaminya itu
begitu membimbangkan sehingga beliau terpaksa meminta hakim memaksa si
suami untuk membahagikan masa antara isteri, teman dan WhatsApp secara
adil.
Kes luar biasa
Ini adalah satu kes yang luar biasa tetapi ia sebenarnya adalah
menggambarkan keadaan dunia Arab masa kini, kata Rasha, seorang peguam
di Manama.
Melarikan diri dari dunia realiti ke dunia maya atau ke dalam dunia
fantasi kini adalah perkara biasa dan keluarga semakin teruk menderita,
katanya dalam komen terhadap kes berkenaan.
WhatsApp Inc yang berpejabat di California bulan lalu berkata
aplikasi bagi mesej segera telefon bimbit kini memiliki lebih 400 juta
pengguna yang aktif setiap bulan.
Aplikasi yang dibangunkan untuk telefon pintar pada 2009 itu kini
dinaiktaraf untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan multimedia
seperti foto dan video. – AGENSI
No comments
Post a Comment