Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Giliran Indonesia Pula Diintip Amerika
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Indonesia pula diintip

JAKARTA - INDONESIA. Ribuan rakyat Indonesia membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) memantau panggilan telefon dan rangkaian komunikasi di negara itu.
Indonesia mendakwa, skandal pengintipan dilakukan Agensi Keselamatan Negara (NSA) sudah menular ke Asia seperti didedahkan media antarabangsa.

Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan, satu dokumen rahsia didedahkan pembocor program perisikan AS, Edward Snowden yang menunjukkan, terdapat 90 kegiatan pengawasan talian telekomunikasi diletakkan di pejabat kedutaan dan konsulat seluruh negara.

Washington kini dipandang serong negara dunia termasuk sekutu kuatnya apabila satu demi satu intipan panggilan telefon dan data didedahkan media.

Dalam perkembangan lain, puluhan ribu pekerja melancarkan mogok bagi mendesak kerajaan menaikkan gaji susulan kenaikan harga bahan api dan keperluan asas.  

Jurucakap Kesatuan Pekerja mendakwa, kos sara hidup yang tinggi menyebabkan inflasi meningkat sekali gus mendorong kenaikan harga.

“Kilang pengeluaran seperti fabrik, elektronik dan industri perkhidmatan digesa menghentikan operasi sekiranya nasib 17,000 pekerja tidak dibela,” katanya dipetik Jakarta Post.

Polis melaporkan, sehingga semalam, kira-kira 60,000 pekerja melakukan mogok dengan 1.5 juta pekerja melakukan tindakan sama di Jawa Barat.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments