Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Jurufoto Disamun Ketika Buat Liputan Kebakaran Di Kerinchi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Jurufoto disamun ketika buat liputan

KUALA LUMPUR - Seorang jurufoto akhbar Kwong Wah Yit Poh kerugian kira-kira RM20,000 selepas kamera dan telefon bimbitnya disamun ketika membuat liputan kejadian kebakaran enam unit rumah di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Kerinchi di sini, semalam.
  
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Chong Yik Loong, 35, berkata beliau sedang mengambil gambar di flat bersebelahan lalu disapa seorang lelaki berumur lingkungan 30-an sebelum dipelawa untuk mengambil gambar di sudut yang lebih menarik.
  
"Semasa berada di tingkat 16 bersebelahan flat itu, saya didatangi seorang lelaki dan dia kata nak bawa saya pergi ambil gambar di tempat lain. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan terus mengikut lelaki itu.
  
"Apabila sampai ke tangga di tingkat 13, lelaki itu telah bertukar ganas dan mengarahkan saya menyerahkan beg kamera dan 'smart phone' Samsung dan berlaku pergelutan kerana saya enggan menyerahkan barang saya," katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.
  
Beliau berkata lelaki tersebut bertindak mengeluarkan sebatang kayu lalu menyerang beliau sehingga menyebabkan beliau terjatuh ketika cuba mengelak.

"Saya mengalami kecederaan di bahagian tangan dan badan. Sejurus itu, saya melarikan diri ke tingkat 11 untuk meminta pertolongan," katanya, sambil menambah sekembalinya ke tempat kejadian di tingkat 13, suspek sudah melarikan diri.
  
Katanya beliau membuat laporan polis di Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu.
  
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - Bernama

Sinarharian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments