Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gambar Lelaki Ugut Tembak Jet Peribadi PM Najib
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



MUAR: Pihak berkuasa diminta bertindak pantas dan menahan individu tidak bertanggungjawab yang membuka akaun Facebook (FB) menggunakan gambar individu lain sebelum memuat turun status mengugut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menyiasat segera individu yang memuat turun status terbabit.
Beliau berkata, individu terbabit juga melakukan ugutan menggunakan gambar lima individu lain yang tiada kaitan dengan kes berkenaan.
Menurutnya, kelima-lima individu berkenaan kini berdepan pelbagai masalah.
“Lima mangsa itu kini hidup dalam ketakutan kerana identiti masing-masing yang tinggal di daerah ini didedahkan secara terbuka.
“Ada antara mereka sudah seminggu tidak bekerja apabila diugut pihak tertentu dan terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana bimbang keluarga mereka menerima kesannya.
“Saya dimaklumkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar merujuk kes ini kepada IPD Sentul, Kuala Lumpur kerana laporan pertama dilakukan di situ.
“Selain itu, saya menghubungi SKMM bagi memastikan siasatan lancar,” katanya sebelum tayangan wayang pacak filem Tanda Putera sempena program Semarak Perpaduan di pekan Bukit Mor, di sini, malam kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kes lima sahabat menjadi mangsa FB menggunakan akaun palsu dengan nama Hanimura Yabuza.
Pemilik akaun itu memuat naik gambar lima sahabat berkenaan sebagai gambar profil, menyebabkan pengguna Internet menyangka mereka yang mengugut mahu membunuh Najib.
Pemilik FB itu mula dikecam apabila memuat naik status ‘aku ingat mau tembak jek Najib Razak…
aku tarak goyang sama sape2’.
Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, penjenayah siber terbabit perlu dikenakan tindakan secepat mungkin.
“Pihak bertanggungjawab perlu proaktif untuk menyelesaikan kes ini dan kami tidak mahu kes berkaitan jenayah siber mengambil masa terlalu lama.
“Dalam kes ini, ia tidak menjadi masalah kerana semua mangsa sedia memberi kerjasama,” katanya.-HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments