Butterworth: Seorang wanita menerima lebih 80 jahitan selepas
dipercayai ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang cuba
menyamunnya dalam kejadian berhampiran sebuah pusat beli-belah di
Seberang Jaya di sini, 11 Januari lalu.
Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa mengalami kecederaan pada ibu
jari tangan kiri, perut, lengan kanan dan paha, namun dilaporkan stabil
selepas menerima rawatan kecemasan.
Tetakan secara rambang itu turut menyebabkan beberapa urat pada tangan
dan jari mangsa putus menyebabkan anggota badan berkenaan tidak boleh
digunakan secara normal dan mengambil masa untuk sembuh.
Menceritakan detik cemas itu, mangsa, Ang Chin Ting, 56, berkata, ketika kejadian dia memandu kenderaan pacuan empat roda miliknya seorang diri untuk ke pusat beli-belah berkenaan bagi menempah cermin mata.

Dia yang berhenti di kawasan gelap tidak menyangka sedang diperhatikan suspek yang tiba-tiba muncul dan mengarahkannya menyerahkan beg tangan yang dibawanya.
No comments
Post a Comment