Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » Bakal Suami Hanez Suraya Duda Anak Dua
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Pelakon Hanez Suraya menjelaskan bakal suaminya yang dikenali sebagai Mr. R adalah seorang duda anak dua dan bukannya suami orang seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Minggu lalu, Hanez, 29, membuat pendedahan di media bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka yang dikenalinya sejak tiga bulan lalu.
Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Hanez berkata dirinya telah difitnah oleh bekas isteri kepada kekasihnya itu.
“Sebenarnya lelaki itu adalah seorang duda anak dua ketika kami mula berkawan dan bukan suami orang seperti yang didakwa. Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam-macam selepas saya mendedahkan untuk berkahwin baru-baru ini?
“Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang kenapa keluarga lelaki itu memberi restu dan dia sendiri yang melamar saya? Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Hanez sebelum itu juga pernah dilihat berkongsi gambar dengan anak-anak kekasihnya di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon cantik ini juga dijadualkan bakal mengadakan satu sidangmedia Khamis ini bagi memperjelaskan isu ini kepada peminatnya di luar sana.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments