Kyrgyzstan: Bebola rambut seberat 4 kilogram telah dijumpai di dalam perut seorang remaja perempuan, Ayperi Alekseeva, 18 sekaligus menjawab mengapa dia tidak boleh minum dan makan.
Perkara tersebut terjadi adalah susulan daripada tabiat pelik dan menjijikkan wanita tersebut yang mana suka mengutip rabut yang gugur dijumpainya diatas permaidani sebelum mengunyah dan menelannya.
Keadaan itu berlarutan selama bertahun-tahun hinggakan dia mengalami penghidratan yang teruk dan kekurangan zat makanan. Ia juga menyebabkan Ayperi hampir mati.
Menurut doktor yang merawatnya,Bahadir Bebezov, ibu bapanya membawa remaja itu ke hospital selepas dia mula kehilangan berat badan dan tidak boleh menelan makanan.
Dia akan mengalami kesakitan yang amat sangat meskipun hanya minum air.
“Ketika dia tiba di hospital, Ayperi langsung tidak boleh minum air dan dari situ kami sedar dia perlu dibedah selepas pembedahan dijalankan.
“Perutnya membengkak dan sebaik sahaja kami memotong perutnya, bebola rambut itu terus keluar,” katanya.
Selain tabiat pelik menelan rambut itu, Ayperi sebenarnya tidak mempunyai sebarang penyakit dan merupakan seorang remaja yang normal.
Dia kini sedang menjalani pemulihan selepas pembedahan dan berjanji tidak akan menelan serta mengunyah rambut lagi selepas ini.
Dalam pada itu, doktor memaklumkan rekod perubatan sebelum ini menunjukkan tidak ada bebola rambut sebesar itu ditemui dalam tempoh 50 tahun.
No comments
Post a Comment