SEORANG lelaki sering dilihat bersiar-siar dengan haiwan kesayangannya di sekitar kawasan berlainan oleh penduduk di Tsukishima, Tokyo.
Apa yang menarik, situasi itu bukan satu kebiasaan apabila lelaki itu membawa bersamanya seekor kura-kura gergasi Afrika.
Adakah dia lelaki paling penyabar di dunia.. bagaimana dia boleh berjalan dengan haiwan yang paling perlahan pergerakannya berbanding haiwan lain itu?
Melihat pada gambar, semestinya kura-kura gergasi itu sudah dibela, dimanja serta dicurah dengan kasih sayang sejak kecil lagi.
Kita juga boleh rasakan keakraban kura-kura dan tuannya itu apabila ia siap dipakaikan pakai baju lagi.
Ternyata, apa jenis haiwan sekali pun boleh dijadikan teman baik manusia dan akan setia di samping tuan di sepanjang perjalanan apabila kasih sayang dicurahkan.
No comments
Post a Comment