Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Awas! Emel Penipuan Nigeria Kembali Aktif!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai tidak mudah mempercayai dengan kandungan emel yang meminta bantuan kewangan daripada mereka.
SKMM dalam satu kenyataan media memaklumkan terdapat pihak tidak bertangungjawab dipercayai warga Nigeria meminta orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kononnya untuk golongan yang ditimpa musibah sejak kebelakangan ini.
“SKMM telah dimaklumkan akhir-akhir ini insiden ‘emel penipuan Nigeria’ yang dahulunya pernah diterima orang ramai kini semakin berleluasa. Namun kali ini emel penipuan itu menggunakan nama warga atau tokoh Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, modus operandi penipuan itu dengan menggunakan alamat emel palsu bagi menceritakan tentang sesuatu musibah dan seterusnya merayu bantuan kewangan melalui akaun palsu.
Kata kenyataan itu, penipuan itu bukan setakat menggunakan nama rakyat Malaysia yang biasa didengar oleh penerima tetapi juga nama-nama personaliti politik atau isteri mereka.
Justeru orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai emel seperti itu dan SKMM melihat perbuatan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai.
“Penipuan ini menggunakan akaun emel dan alamat palsu. Jadi jangan terpedaya,” kata Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd. Rahman dalam kenyataan sama.
Beliau turut meminta orang ramai yang menerima emel tersebut supaya memajukan emel itu kepada SKMM untuk tindakan lanjut kerana ia suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments